Followers

Sunday 24 June 2012

PERJUANGAN PAS PERJUANGAN MUNAFIK

Umat Islam yang beriman hendaklah berusaha memelihara kesucian agama Islam daripada dipersendakan oleh orang-orang kafir dan munafik!!!

Surah At-taubah: 61

Di antara mereka (orang munafik) ada yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata : bahasa ia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar ( dan percaya pada apa yang didengarnya). Katakanlah: Ia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin di antara kamu dan orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Kenapa seri kata perjuangan PAS adalah perjuangan munafik? Kerana PAS mempergunakan strategi mereka menentang UMNO dengan memperalatkan ajaran Islam. Dan juga memperalatkan ajaran Allah dan Rasul-Nya. Dalam usaha bersekutu dengan DAP, kepimpinan PAS meredhai perbuatan kepimpinan DAP dengan menyokong setiap tindakan mereka. Pengeluaran fatwa mengikut pandangan pimpinan PAS, walaupun ia hanya dari bibir seorang pemimpin yang mereka kagumi dan puja.

Adakah seluruh ahli pas menyokong perjuangan munafik? Seri katakan YA, kerana mereka membenarkan setiap perbuatan kepimpinan PAS walaupun mereka sedar perbuatan itu adalah salah!

Ayat 62-63 surah At-taubah:



Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mendapat keredhaan kamu pada hal Allah dan Rasul-Nya jualah yang lebih berhak mereka mendapat keredhaan jika betul mereka orang yang beriman. Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya adalah baginya neraka jahanam serta ia kekal di dalamnya. Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar.

Alangkah malangnya mereka yang tersalah memilih jalan perjuangan. Jalan akhirat hendak dicapai, tetapi terpesong dalam perjalanan kerana memilih pemimpin yang membawa kesesatan. 

Andai ingin perjuang selamat di akhirat. Belajarlah dengan petunjuk dan bimbingan mereka yang benar-benar jelas dan tahu sejelasnya hukum Islam. PAS hanyalah parti politik. Mereka menyertainya bukan kerana perjuangan Islam tetapi kerana. Mengharapkan kedudukan. Itulah munafiknya mereka.

No comments:

Post a Comment