Followers

Friday 20 July 2012

SIFAT-SIFAT MAZMUMAH

Semalam Seri kongsikan sifat-sifat mahmudah. Semoga apa yang diberi menjadi garis panduan untuk diri Seri Dan kekawan lain. Agak janggal juga jika Seri tak kongsikan pula sifat berlawanan mahmudah iaitu Mazmumah.

Sifat Mazmumah adalah sifat tercela. Menurut imam al-ghazali, antara sifat mazmumah adalah seperti berikut:

GEMAR MAKAN DAN MINUM
Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad saw yang bererti :

" Yang terlebih afdal pada Allah itu ialah orang yang banyak berlapar dan banyak tafakur. Dan yang terlebih benci kepada Allah itu ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak makan"

Kenapa sedemikian? Kerana mereka yang selalu kekenyangan akibat gemar mkan dan minum akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana sentiasa terdorong untuk tidur dan beristirehat.

BANYAK BERKATA-KATA YANG SIA-SIA
Sudah menjadi lumrah manusia suka bercakap yang siaisia, yang boleh ditakrifkan sebagai bencana lisan ialah mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar.

Firman Allah yang bermaksud:
" Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruj( manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf atau mendamaikan antara manusia" - surah An-nisan :114

Malahan ada hadis Rasulullah saw yang bermaksud : Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik atau diam sahaja.

MARAH
Sifat marah berpunca daripada kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang bersikap sedemikian selalunya disorong oleh pengaruh syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya
Seringkali orang pemarah ini mewarisi sifat-sifat seperti sombong, bongkak, tidak boleh ditegur dan lain-lain. Bagaimanapun, islam tidak melarang umatnya mempunyai sifat marah dalam hal-hal tertentu seperti firman Allah SWt yan bermaksud:

"Wahai Nabi, perangilah orang kafir dan orang munafik itu dan bersikap keraslah terhadap mereka" - surah al-Tahrim:9

HASAD, DENGKI DAN IRI HATI
Sifat-sifat ini lahir dari rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya. Terdapat hadis Rasulullah yang bererti:

"Hasad itu memakan kebajikan, sebagaimana api memakan kayu"

Firman Allah yang bermaksud:

"Sekiranya kamu mendapat kebaikan, nescaya mereka akan berasa kurang senang, tetapi apabila kamu mendapat kecelakaan, mereka bersuka ria kerananya" - surah Ali imran:120

Untuk mengelakkan perasaan hasad, dengki dan iri hati ini, seseorang itu perlu selalu mengamalkan sifat tawaduk, mengucapkan puji dan syukur kepada Allah atas nikmat yang dikecapi oleh saudara seislam kita. Mudah-mudahan kita juga akan dilimpahi Allah nikmat yang serupa kelak.

KASIH PADA HARTA
Tidak salahnya memiliki harta dan kemewahan hidup. Tetapi kemewahan yang membawa kepada sifat bakhil. Tamak haloba dan juga membazir dibenci oleh Islam.

Agama kita menuntut orang yang kaya dan berada menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat seperti bersedekah, berzakat, dan membelanjanakan harta di jalan Allah. Firman Allah swt yang bermaksud:

"Hai orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta kekayaanmu dan anak pinakmu daripada mengingati Allah. Sesiapa berbuat demikian. Maka tergolonglah mereka di kalangan orang yang rugi" - surah al-munafiqun:9

TAKBUR
Firman allah yang bermaksud:

" Apabila dikatakan padanya: Takutilah Allah. Ia lalu dipengaruhi oleh kemegahan (takbur) yang membawanya kepada dosa, cukuplah neraka jahanam (sebagai balasan)" - surah al-Baqarah : 206

Banyak sebab yang bolej membawa seseorang itu kepada sifat takbur atau menyombong diri. Antaranya sebab nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kecantikan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.

Untuk menghindari sifat takbur ini, selalu mengamalkan sifat tawaduk atau rendah diri dengan membanyakkan pergaulan dengan semua peringkat ahli masyarakat dan melatih diri mendengar pandangan orang lain dalam segala hal.

RIAK
Riak ditakrifkan sebagai sifat untuk menari pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik yang dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan.

Sifat riak yang nyata seperti menunjuk-nunjuk dalam amal ibadah dan riak yang tersembunyi ialah beratnya hati seseorang untuk beramal apabila bersendirian tetapi akan berbuat demikian apabila orang lain yang menyaksikannya!

Terdapat hadis Rasulullah saw yang bererti:

"Serendah-rendah riak adalah syirik"

Rakan-rakan perlu berhati-hati supaya tidak bersifat riak dan sebaik-baiknya hendaklah membiasakan diri untuk merahsiakan segala amalan baik kita supaya tidak diketahui orang

Apakah perkara yang boleh membuatkan seseorang itu riak? Ianya adalah seperti mempertontonkan keindahan tubuh badan, pakaian, ucapan dan perlakuan.

UJUB
Sifat ujub pula berkait rapat dengan takbur dan riak. Ujub bererti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan, kepandaian, kekayaaan dan lain-lain.

Sifat ujub boleh diatasi dengan sentiasa memikirkan bahawa tiada benda di dunia ini akan kekal.

Setiap sifat boleh ditimpa keuzuran atau penyakit suatu hari nanti, yang tinggi darjat keturunannnya tidak akan dinilai di sisi Allah selain takwa dan yang kaya pula boleh mengalami bencana-bencana seperti kecurian, penculikan dan sebagainya

Sentiasalah menghisab atau meneliti kekurangan diri sendiri ( muhasabah) sebagai hamba Allah akan melahirkan jiwa yang murni dan bebas daripada sifat-sifat tercela ini.

KASIH AKAN DUNIA
Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenenagan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Hakikat sebenar kehidupan dunia ini telah digambarkan oleh Allah swt dalam firmannya :

"Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumbailumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak" - surah al-Hadid: 20

Allah swt telah menjelaskan dalam firman-Nya yang lain, bahawa segala yang ijadikan di muka bumi ini adalah sebagai perhiasan dan cubaan kepada manusia untuk menilai baik buruknya amalan seseorang itu.

Seandainya insan itu mengenali hakikat kejadian dirinya dan mengenali rahsia dirinya dengan sebaik-baiknya, mengenali rahsia dan hikmah dunia ini sebagai tempat menimba bekalan takwa menuju akhirat, pasti kecintaan yang melampaui batas terhadap kehidupan dunia yang sementara ini akan terhapus

MAJLIS MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA

PENGUMUMAN PADA RAKAN MEDIA SOSIAL

Salam~Majlis Media Sosial 1Malaysia telahpun diluluskan bernombor pendaftaran~PPM-013-20072012


Bagi pihak Majlis,sahabat-sahabat dialu-alukan untuk turut serta menjadi ahli Majlis ini dengan menghubungi Setiausaha Agung saudara Saiful 0133655339 utk keterangan lanjut~terima kasih


SIFAT-SIFAT MAHMUDAH

Apakah sifat mahmudah itu? Sempena menyambut bulan mulia ini, marilah kita saling berpesan-pesan kepada kebenaran.

Ketahuilah sifat-sifat mahmudah itu adalah sifat-sidat terpuji.

Menurut imam Al-Ghazali, sifat mahmudah ini antarantan adalah : TAUBAT, TAKUT AKAN ALLAH, KASIH AKAN ALLAH, ZUHUD, SABAR, SYUKUR, IKHLAS DAN BENAR, TAWAKAL, REDA DENGAN QADAK ALLAH dan MENGINGATI MATI.

TAUBAT
Keazaman untuk meninggalkan kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.

Firman Allah yang bermaksud :

"Dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai sekalian orang mukminin, semoga kamu mendapat kemenangan - surah Al-Nur:31

TAKUT AKAN ALLAH
Apabila seseorang muslim itu mengenali Zat Allah melalui mengenal sifat-sifat-Nya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah. Firman Allah yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang yang paling takut kepada Allah ialah hamba-hamba-Nya yang berilmu - surah Fatir : 28

MAHABBAH
Kasih kepada Allah swt itu dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh Rasulullah saw.

" Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang - surah ali Imran:31

Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan jiwa insan yang benar-benar cintakan agama dan rela berjuang dan berkorban demi menegakkannya.

ZUHUD
Satu corak kehidupan insan mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia sambil berusaha meninggalkan semua perkara yang tidak baik.

SABAR
Firman Allah yang bermaksud:
" Dan kami (Allah) akan memberikan balasan kepada orang yang bersabar itu pahala, menurut apa yang telah mereka kerjakan dengan sebaiknya" -surah al-Nahl:96

Sabar begitu sukar untuk dipraktikkan kecuali orang yang kuat imamnya dan tabah menghadapi. Segala keadaan.

SYUKUR
Firman Allah :
" Maka ingatilah Aku, nescaya Aku akan mengingatimu, dan syukurilah nikmat-Ku dan jangan sekali-kali kamu kufur (lupakan budi-Ku) -surah al-baqarah:152

Syukur itu meliputi ilmu, amalan dan suasana. Ilmu itu adalah dengan mengenal Allah menerusi nikmat-Nya. Amalan adalah dengan melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Allah. Suasana pula ialah menimbulkan kegembiraan atas nikmat yang dikecapi.

IKHLAS DAN BENAR
Mereka yang sentiasa membersihkan amalannya dinamakan orang yang ikhlas. Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia.

Amalan ikhlas dan suci dalam perbuatan, tutur kata dan ibadat akan dapat mendekatkan diri insan kepada Allah.

Firman Allah:
"Kecuali orang yang bertaubat, membuat kebaikan dan berpegang teguh kepada Allah serta mengikhlaskan agamanya kerana Allah - surah al-nisa:146

TAWAKAL
Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah setelah berazam. Seterusnya diikuti dengan usaha
Firman Allah :

"Apabila kamu berazam. (Bermaksud mengerjakan sesuatu) maka bertawakallah pada Allah" - surah ali imran : 159

REDA DENGAN QADAK ALLAH
Ia merupakan salah satu daripada sifat-sifat mahmudah. Segala ketentuan Allah sama ada baik ataupun buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insan mukmin. Tidak ada penyesalan atau keluh kesah menerima apa-apa sahaja ketentuan yang berlaku.

Firman Allah:
"Allah telah reda akan mereka, dan mereka pula reda dengan Allah, itulah sifat orang yang takut akan tuhannya. Surah al-bayyinah :8

MENGINGATI MATI
Sifat mahmudah akhir ini menurut imam al-gahazali ialah sentiasa mengingati kematian.
Firman Allah

" Katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian ingin lari daripadanya itu pasti mendatangi kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata. Kelak Dia akan memberitahu kamu segala yang kamu lakukan" -surah al-Jumu'ah:8

adakah sifat-sifat ini ada pada diri anda semua. Mari kita bermuhasabah

Thursday 19 July 2012

ADAP BERBUKA PUASA


ADAB berbuka puasa ialah menyegerakan berbuka apabila masuk waktu. Sahl bin Sa'ad melaporkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdoa ketika berbuka
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Doa daripada Rasulullah SAW ketika berbuka dan disunatkan kita membaca: "Hilanglah dahaga, basahlah peluh (hilang kekeringan) dan tetaplah pahala, insya-Allah." (Hadis riwayat Abu Daud)
Berdoa kepada orang yang menjamu kita berbuka.

Kata Anas: "Rasulullah SAW pernah datang ke (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda makan dan berkata: Mereka yang berpuasa berbuka puasa di sisi kamu, mereka yang baik makan makanan kamu dan malaikat akan berselawat ke atas kamu." (Hadis riwayat Abu Daud)
Berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air

Rutab ialah buah kurma yang sudah masak sebelum menjadi tamar kering. Ia lembut dan manis, manakala tamar ialah buah kurma yang sudah kering. Anas berkata:
"Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Jika tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar dan jika tiada tamar, maka beliau minum beberapa teguk air." (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Makan dengan sederhana
Orang berpuasa digalakkan tidak makan berlebihan ketika berbuka bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan." (Surah al-A'raf, ayat 31)

Segerakan solat Maghrib
Selepas berbuka dengan tamar atau air, jika makanan belum dihidangkan, umat Islam perlu segera menunaikan solat. Namun, jika makanan sudah dihidangkan, maka makruh meninggalkan makanan untuk menunaikan solat.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jemaah) sudah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa." (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sumber: beritaharian

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SEMPENA BULAN MULIA - INGATILAH MEREKA YANG MEMERLUKAN


"Ish.. Apa nak dicari buat berbuka untuk anakku semua.. Ya Allah.. Kau bantulah aku Ya Allah.." keluhan seorang ibu yg kesusahan dalam menyambut ramadhan..

"Kalaulah ada ayah dan ibu bolehlah kita berbuka bersama ya adik" rintihan anak yatim piatu yg tiada ayah ibu..

Hari ini aku menadah tanganku dengan penuh rasa keinsafan Ya Allah.. Kau bantulah mereka.. Kau gembirakan hati ibu dengan rezekimu Ya Allah.. Kau riangkanlah hati anak anak yatim itu dengan kuasamu Ya Allah.. Sesungguhya aku insanmu yg hina ini tidak termampu menggembirakan si ibu yang dalam kesusahan.. menggantikan ayah dan ibu bagi si yatim piatu.. Mereka semua tiada spt apa yg kita ada Ya Allah..

Kita gembira pabila ramdhan menjelma.. Tapi tidak si ibu.. Tidak si anak yatim piatu.. Belum lagi ayah yang berhempas pulas mencari sesuap nasi utk anak anaknya yang kelaparan.. Kehausan..

"Biarlah anak anak ayah dapat berbuka.. Asalkan mereka gembira.. Ayah tak apa.. "

Hati ini menangis kerana hari ini kita ada semua tapi kita lupa mereka.. Hati ini menangis kerana kita mampu semua tetapi tidak mereka..

Ya Allah.. Hanya satu permintaanku untuk Ramadhan ini Ya Allah.. Berilah mereka peluang merasa apa yang lainnya rasa.. Berilah mereka kegembiraan dan kesenangan kemudiannya.. Mereka juga seperti kami.. Perlu utk merasa bahagia.. Perlu utk merasa gembira.. Hari ini kami lalai tentang mereka.. Kami masih dengan dunia kami.. Kami masih tidak mensyukuri dengan nikmatmu Ya Allah..

Ya Allah.. Ampunkan aku kerana kesilapanku.. Ampunkan aku kerana keegoaanku.. Begitu jua semua sahabatku.. Kau ampunkan aku kerana leka dalam membantu mereka.. Kau ampunkanlah aku kerana terlupakan mereka.. Moga moga Allah perkenankan doaku ini.. Hati ini terdetik.. Bagaimanakah kalau kita yang berada ditempat mereka???

JOM BERAMAL


♡̨̐​السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ♡̨̐

Kempen "Sajian Amal" utk anak2 Rumah Amal di bawah naungan Baitul Kasih akan diteruskan di sepanjang Ramadhan ini.

Info lanjut di: www.baitulkasih.org.my/sajian-amal.htm

Sajian disediakan oleh NaziF Catering: Hp: 0192514611 -ввм™: 2769FDE7
Jom! Sama2 kita mengambil saham ♡

SELAMAT BERPUASA


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa  umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan  hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu seri terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika Seri ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

"SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA"


Saturday 7 July 2012

PERLINDUNGAN DARI AZAB

Malam ini, Seri menonton siaran langsung Majlis tilawah Al-Quran Antarabangsa di dewan Merdeka PWTC. satu yang menyentuh hati seri, wajah seorang kanak-kanak yang dirakam sepintas lalu sambil membaca senaskah al-quran dalam saiz mini. Kemudian Seri melihat kehadiran dalam dewan yang besar tetapi tidak dipenuhi oleh muslimin dan muslimat.

ke mana pejuang Islam yang dikatakan memperjuangkan Islam? Takkan majlis pertandingan bacaan Al-quaranpun nak dipolitikkan , tiada sokongan dari mereka ini?

Pada seri, perkara berkaitan majlis agama ni, tak perlulah mengira sangat pegangan idealogi politik.

Semoga mereka yang leka sedar sebelum terlambat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 4 July 2012

NISFU SYAABAN

Assalamualaikum, sempena malam ini merupakan Malam Nisfu Syaaban, Seri nak kongsikan info berkenaan NISFU SYAABAN untuk kita pelajari bersama

Jom baca :
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

"Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.

Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki."

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 2 July 2012

@abbby_abadi112 PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN KALIMAH SYAHADAH

Terkejut Seri melihat tweet kak abby abadi ketika berbalas tweet berkenaan pembatalan kalimah syahadah. Perkara utama menghina Islam itu sudah cukup jelas boleh membatalkan Keislaman atau lebih tepat MURTAD. Menjadi kemusykilan seri berkenaan Ulamak yang dimaksudkan.

Siapa ulamak tersebut? seperti penulis blog apakatablogspot. @Pu3. Seri nak kongsikan. Ilmu yang boleh membuka kemusyilan tersebut:

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN DUA KALIMAH SYAHADAH – MURTAD : HUKUM – SEBAB DAN AKIBATNYA

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN DUA KALIMAH SYAHADAH
PENGENALAN

Barangsiapa yang berlaku kepadanya perkara yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah, maka dia telah murtad iaitu keluar dari agama Islam atau putus dari ikatan agama Islam. Murtad termasuk dosa kufur yang merupakan dosa paling besar di sisi Allah taala dan tidak ada lagi dosa yang lebih besar dari dosa kufur.
Bagi menyelesaikan masalah murtad tidak dapat tidak kita mesti mengetahui hukum-hukum yang berkaitan dengan murtad. Oleh itu, seseorang yang mukallaf itu wajib mempelajari perkara yang boleh membatalkan Dua Kalimah Syahadah supaya dia tidak terjerumus ke dalam kancah murtad dan supaya dapat mengislamkan kembali mereka yang telah murtad. Ini kerana orang yang tidak mengetahui sesuatu kemudaratan tidak dapat menyelamatkan dirinya dan orang lain dari kemudaratan tersebut.

SEBAB-SEBAB MURTAD

Tiga perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu murtad seperti yang telah diterangkan oleh para ulama di kalangan empat mazhab, iaitu: kufur i^tiqadiyy,
- kufur fi^liyy, kufur qawliyy
- Kufur I^tiqadiyy
- Kufur i^tiqadiyy ialah kekufuran dengan sebab niat, pegangan, kepercayaan atau keyakinan dalam hati. Antara contoh - kufur i^tiqadiyy ialah:

1) Ragu-ragu atau syak terhadap Allah dan rasul-Nya atau al-Quran atau hari Akhirat atau syurga atau neraka atau ganjaran-Nya atau balasan-Nya atau hukum-Nya atau syiar-Nya atau perkara yang telah diijmakkan (disepakati) oleh para ulama mujtahidin.

2) Kepercayaan bahawa alam ini azali pada jisim dan unsurnya atau unsurnya sahaja.

3) Menafikan salah satu sifat dari sifat-sifat Allah yang telah diijmakkan seperti sifat Maha Mengetahui segalanya.

4) Mensifatkan Allah dengan suatu sifat yang tidak layak bagi-Nya seperti mensifatkan-Nya mempunyai jasad, bertempat, berakal dan seumpamanya.

5) Menghalalkan perkara yang diketahui di kalangan umat Islam sebagai halal dengan ijmak seperti zina, liwat, membunuh, mencuri, merompak, menyamun, arak, pergaulan bebas, pendedahan aurat dan seumpamanya.

6) Mengharamkan perkara yang diketahui di kalangan umat Islam sebagai halal dengan ijmak seperti berjual beli, nikah dan seumpamanya.

7) Menafikan kefarduan pada perkara yang diketahui di kalangan umat Islam sebagai wajib atau fardu hukumnya dengan ijmak seperti solat fardu atau salah satu daripada rukun-rukun solat (seperti sujud), zakat, puasa, haji, wuduk, menutup aurat dan seumpamanya.

Berniat atau berazam mahu menganut agama bukan Islam pada masa akan datang.

Perhatian: Lintasan hati tidak menyebabkan murtad kerana ia muncul di dalam hati tanpa kehendak seseorang.

- Kufur Fi^liyy
Kufur fi^liyy ialah kekufuran dengan sebab perbuatan yang zahir meskipun tanpa niat untuk murtad, atau tanpa pegangan kufur di dalam hati. Antara contoh kufur fi^liyy ialah:

1) Sujud kepada berhala atau matahari atau bulan atau sesuatu selain Allah yang dianggap sebagai tuhan.

2) Sujud kepada manusia dengan tujuan menyembahnya.

3) Perbuatan menghina hukum atau syiar Islam seperti melempar mushaf al-Quran, kitab atau helaian yang mengandungi ayat al-Quran, hadis atau hukum-hukum agama Islam ke tempat yang jijik atau kotor.

4) Memakai syiar agama bukan Islam dengan tujuan berbangga atau kagum dengan agama bukan Islam tersebut seperti memakai rantai salib dan baju yang ada salib.

- Kufur Qawliyy
Kufur qawliyy ialah kekufuran dengan sebab perkataan kufur yang diugkap dengan sengaja meskipun tanpa niat untuk murtad, atau tanpa pegangan kufur di dalam hati. Antara contoh kufur qawliyy ialah:

1) Memanggil seorang muslim yang lain: "Wahai kafir!" atau "Wahai Yahudi!" atau "Wahai Kristian!" atau "Wahai orang yang tiada agama" dengan maksud agama Islam yang dianut oleh muslim itu sebagai agama yang bersifat kufur, atau sebagai agama Yahudi, atau sebagai agama Kristian, atau sebagai bukan agama. Jika panggilan tersebut dengan maksud untuk menyamakan perbuatan jahat muslim tersebut dengan perbuatan orang kafir, atau orang Yahudi, atau orang Kristian, atau orang yang tiada agama, maka itu bukan suatu kekufuran.

2) Menghina, memperlekeh, merendah-rendah atau mempersenda-sendakan salah satu daripada sifat-sifat, nama-nama Allah, janji-Nya, ancaman-Nya, kitab-Nya, nabi-nabi-Nya, para malaikat-Nya, hukum-hukum-Nya, syiar-Nya dan seumpamanya.

3) Menafikan salah satu daripada sifat-sifat wajib bagi Allah dan para nabi-Nya.

4) Mensifatkan dengan sifat mustahil kepada Allah dan para nabi-Nya.

Perhatian: Lima keadaan perkataan kufur dikecualikan dari dihukumkan sebagai murtad, iaitu;

1) Keadaan tersasul: iaitu perkataan yang terluncur di lidah tanpa sengaja atau tanpa kehendak.

2) Keadaan hilang akal atau belum baligh. Namun, wajib ke atas kita menegah atau melarang orang yang hilang akal atau kanak-kanak tersebut dari mengungkapkan perkataan kufur.

3) Keadaan dipaksa dengan ugutan bunuh atau seumpama bunuh, iaitu dengan syarat; orang yang dipaksa itu masih lagi beriman di dalam hatinya, tidak meredai dan tidak beriktikad dengan perkataan kufur tersebut.

4) Keadaan menghikayatkan atau menceritakan perkataan kufur sama ada memulakan dengan menyatakan pihak yang berkata dengan perkataan kufur tersebut iaitu sebelum perkataan kufur, contohnya: "Golongan Wahhabi berkata:

"Allah duduk di atas Arasy", atau dengan menyatakan pihak yang berkata tersebut selepas perkataan kufur iaitu dengan berniat terlebih dahulu sebelum bercerita bahawa akan menyatakan pihak yang berkata itu selepas perkataan kufur tersebut, contohnya: "[Berniat bahawa akan menyatakan bahawa puak Wahhabi mengungkapkan perkataan kufur ini] Allah duduk di atas Arasy". Kata puak Wahhabi".

5) Keadaan seseorang yang mentakwil dengan ijtihadnya dalam memahami hukum syarak dalam perkara yang bukan qat^iyy. Contohnya golongan yang enggan membayar zakat pada zaman pemerintahan Sayyidina Abu Bakr dengan takwilan mereka bahawa zakat wajib dibayar pada zaman hayat Nabi Muhammad sallaLlahu ^alayhi wa-sallam kerana doa keampunan baginda buat mereka ketika membayar zakat adalah suatu ketenangan dan penyucian dari dosa buat mereka berdasarkan ayat 103 surah al-Tawbah.

Kaedah: Setiap pegangan, perbuatan atau perkataan yang menunjukkan penghinaan terhadap Allah, kitab-kitab-Nya, para nabi-Nya, para malaikat-Nya, hukum-Nya, syiar-Nya, janji-Nya atau ancaman-Nya adalah suatu kekufuran.

BERTAUBAT DARI DOSA MURTAD DAN HUKUM BERKAITAN DENGAN MURTAD
PENGENALAN

Bertaubat dari dosa adalah wajib ke atas setiap mukallaf, sama ada bertaubat dari dosa kecil dan dosa besar.

Riddah atau murtad adalah dosa besar yang sangat buruk dan amat keji. Kekejian dosa murtad ini dipandang dari sudut bahawa lantaran murtad maka segala pahala amal soleh yang pernah dilakukan sewaktu Islam dihapuskan, dan segala dosa yang pernah dilakukan pula masih kekal. Bahkan, selepas bertaubat dari dosa murtad segala pahala tersebut tidak dikembalikan semula dan dosa semasa sebelum murtad dan semasa murtad masih kekal.

TAUBAT DARI RIDDAH

Wajib ke atas sesiapa yang murtad untuk kembali segera kepada Islam dengan:

(1) mengucap Dua Kalimah Syahadah,

(2) meninggalkan sebab murtad tersebut,

(3) menyesal di atas dosa murtad, dan

(4) berazam tidak kembali kepada dosa murtad.

Syarat sah kembali kepada Islam ialah:

(1) tidak berazam untuk kufur pada masa mendatang, dan

(2) tidak ragu-ragu berkenaan azam tersebut.

HUKUM MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN

*Jika seruan asas Islam iaitu Dua Kalimah Syahadah sampai kepada sesiapa yang mukallaf, maka wajib ke atasnya menganut agama Islam, tetap dalam agama Islam dan beramal dengan syariat Islam.

*Untuk menganut agama Islam, seseorang yang kafir wajib mengucap Dua Kalimah Syahadah berserta dengan iktikad yang benar lagi utuh.

*Lafaz Dua Kalimah Syahadah tidak disyaratkan dengan lafaz yang dimulakan dengan lafaz ashhadu (أشهد) untuk mengesahkan kemasukan seseorang ke dalam agama Islam. Bahkan, boleh dilafazkan dengan ungkapan lain yang semakna dengannya meskipun bukan dalam bahasa Arab.

*Kefarduan melafazkan Dua Kalimah Syahadah ke atas seluruh umat Islam kekal dalam setiap solat supaya solat menjadi sah menurut mazhab al-Shafi^i.

*Orang yang membesar dalam Islam dan beriktikad dengan Dua Kalimah Syahadah tidak disyaratkan mengucap dua kalimah syahadah untuk menjadi orang Islam. Bahkan dia sebenarnya sudah menjadi orang Islam kerana dia telahpun dididik dan diasuh dengan aqidah tauhid.

*Menurut ulama dalam mazhab Maliki bahawa Dua Kalimah Syahadah wajib diucapkan sekali seumur hidup ke atas setiap mukallaf setelah dia baligh dengan niat fardu. Ini kerana mereka tidak mewajibkan bacaan tahiyyat dalam solat, bahkan mereka menganggapnya sebagai sunat. Sedangkan menurut ulama dalam mazhab-mazhab yang lain seperti ulama mazhab Shafi^i dan mazhab Hanbali, dua kalimah syahadah diwajibkan dalam setiap solat supaya solat menjadi sah.

*Iman dan Islam seseorang itu tidak sah dan segala amalan kebajikannya tidak diterima tanpa dua kalimah syahadah yakni tanpa iman yang benar

*Ucapan syahadah pertama wajib diiringi dengan ucapan syahadah kedua bagi mengesahkan keislaman seseorang yang mahu memeluk agama Islam. Itulah kadar minima untuk selamat dari kekal abadi di dalam api neraka.

HUKUM YANG BERKAITAN DENGAN MURTAD

Hukuman Ke Atas Orang Murtad. Jika seseorang yang murtad itu tidak mahu kembali kepada Islam, maka:

(1) wajib memintanya bertaubat dari dosa murtad tersebut dan tidak diterima daripadanya melainkan Islam, atau

(2) wajib hukuman bunuh yang dilaksanakan oleh khalifah setelah ditawarkan untuk kembali kepada Islam.

Khalifah memuktamadkan hukum murtad dengan salah satu daripada dua perkara, iaitu sama ada:

(1) dengan pengakuan si murtad, atau

(2) dengan kesaksian dua lelaki yang adil. Kesan Murtad Dari Sudut Hukum

(1) Puasa, tayammum dan nikah seseorang murtad itu adalah batal.

(2) Pernikahan seseorang yang murtad tidak sah meskipun dengan pasangan yang murtad sepertinya.
Demikian juga pernikahannya juga tidak sah dengan pasangannya yang muslim, atau beragama Yahudi, atau beragama Kristian atau beragama berhala.

(3) Sembelihan orang murtad menjadi haram.

(4) Orang murtad tidak boleh mewariskan harta pusakanya dan tidak boleh menerima warisan daripada harta pusaka.

(5) Haram menyembahyangkan mayat orang murtad dan mengebumikannya di tanah perkuburan orang-orang Islam, serta tidak wajib memandikan dan mengkafankannya.

(6) Harta orang murtad yang telah mati menjadi fay' iaitu menjadi milik Baytul-Mal untuk masalahah orang-orang Islam.


والله أعلم
Seri berharap abby abadi serta muslimin semua merenung kembali kepada ketaksuban kita kepada sesuatu tindakan yang boleh mempengaruh kesongsangan dalam agama Islam
Selamat bermuhasabah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 1 July 2012

BERJIHADKAH KITA?

 
MAKSUD JIHAD DALAM ISLAM:-

Allah berfirman di dalam Al-Quran yang mulia yang mafhumnya:

"Perangilah orang-orang yang tidak beriman dengan Allah dan Hari Kemudian, yang tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan Allah dan rasulNya dan tidak pula beragama dengan agama yang benar (iaitu) di antara ahli kitab kecuali mereka membayar jizyah dengan kepatuhan yang rela dan merasa diri mereka ditawan."
(At-Taubah:29)

"Perangilah orang-orang musyrik semuanya, sebagaimana mereka memerangi kamu semua"
(At-Taubah: 36)
 
Definisi Jihad:

Di dalam Al-Quran terdapat 121 ayat yang menyentuh persoalan memerangi orang kafir, perkataan-perkataan Bahasa Arab mungkin membawa pelbagai makna, tetapi dengan ketibaan ISLAM, beberapa perkataan Arab telah dihadkan maknanya kepada satu istilah sahaja iaitu istilah shari'ahnya.

Dalam istilah bahasa, jihad datangnya dari perkataan `jahada' yang bermakna "menggunakan segala usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu". Dengan istilah ini, kita mungkin berjihad ketika belajar dengan menghadapi peperiksaan. Tetapi "Jihad" dalam definisi shari'ah hanya boleh membawa satu makna iaitu "menentang orang kafir di medan pertempuran dan menghapuskan segala rintangan terhadap da'wah bagi menjadikan kalimah Allah (Islam) itu tinggi setinggi-tingginya".

Islam bukan satu agama Arab, dan tidak dikhususkan kepada kaum Arab. Allah SWT.berfirman:

"Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan kepada sekalian umat manusia, untuk memberi khabar gembira (dengan syurga) dan untuk memberi peringatan (dengan neraka), tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui."
(As- Sabak:28)

Maka dari ayat di atas telah jelaslah, Islam perlu disebarkan ke seluruh umat manusia; dakwah adalah asas dasar luar negeri bagi daulah Islam semenjak Rasulullah saw mendirikan daulah di Madinah dan akan diteruskan hingga ke akhir zaman dan caranya ialah dengan Jihad. Rasulullah saw bersabda:

"Saya telah diperintahkan untuk memerangi orang ramai sehingga mereka berkata `La Ilaha Illa-Allah Muhammadun rasul-Allah'. Dan sekiranya mereka berkata demikian, maka mereka telat menyelamatkan darah (nyawa) serta harta benda mereka kecuali apa yang hak (dengan sebab)."

Dan Rasulullah saw juga bersabda:

"Al Jihad telah wujud semenjak Allah SWT mengutuskan saya dan (berterusan) sehingga yang terakhir di antara ummah saya memerangi Al Dajjal. Tiada kezaliman (seseorang) yang zalim atau keadilan (seseorang) yang adil akan menghentikannya."

Tujuan Jihad :

Jihad adalah alat yang digunakan oleh Daulah Islam untuk menyebarkan serta menyampaikan syi'ar Islam. Ianya digunakan sebagai tindakan fizikal menghapuskan segala halangan kepada dakwah Islam dan dengan cara inilah Islam dibawa keseluruh kawasan Daulah Islam baik pada zaman Rasulullah mahupun zaman para sahabat dan begitu juga di zaman khulafa' yang seterusnya. Ianya mempunyai tiga peringkat.
Yang pertama, penduduk disesuatu kawasan itu akan diajak memeluk Islam, dan mereka akan diberi tempoh untuk mengkaji dan memahami Islam; sekiranya mereka menolak mereka akan dipelawa menjadi rakyat Daulah Islam dengan membayar `jizyah' dan Islam akan diimplimentasikan ke atas mereka, dan mereka akan diberikan hak -hak yang sama seperti mana-mana umat Islam. Sekiranya pelawaan ini ditolak juga, maka tatkala itu barulah tentera Islam akan berjihad.

Perlulah difahami bahawa jihad hanyalah untuk menghapuskan rintangan terhadap dakwah kepada Islam; bukan untuk menakluk atau memperhambakan mana-mana kaum dan bukan untuk membina empayar dan tidak sekali untuk memaksa seseorang itu memeluk Islam. Allah SWT berfirman:

"Tidak ada paksaan dalam beragama..."
(Al-Baqarah: 256)

Jika diteliti setiap satu `sariah' serta `ghazwah' Rasulullah saw, kita dapati kesemuanya merupakan jihad menyerang (offensive) dan hanya satu sahaja yang merupakan defensif (itu pun merupakan satu tindakan yang taktikal sewaktu Perang Khandak). Tetapi dalam konteks masa kini, semua bentuk jihad yang wujud hanyalah jihad defensif berbeza dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah.

Pengeruhan Maksud Jihad:

Askar Daulah Islam, di waktu itu digeruni seluruh dunia; setelah Daulah Islam diruntuhkan, kaum orientalis telah berjaya untuk menanam pemikiran yang karut untuk memastikan supaya umat Islam kekal lemah, mereka berusaha dan berjaya untuk mengeruhkan beberapa konsep ideologi Islam; salah satu daripada konsep yang dikeruhi ialah konsep Jihad.

a. Semasa Inggeris menjajah India (iaitu tanah Islam) mereka telah mendatangkan kumpulan Qadiani, untuk mengelirukan umat serta menghabiskan usaha serta masa umat Islam; kumpulan ini menyarankan fahaman salah bahawa `jihad telah dibatalkan'. Perlu dinyatakan di sini bahawa pihak Inggeris memang takutkan kesanggupan umat Islam di wilayah India untuk berjihad menentang mereka sekiranya diarahkan oleh Khalifah di masa itu.

b. Musuh-musuh Islam cuba juga untuk menanamkan fahaman `jihad hanyalah untuk bertahan (defensive)'. Antara Ulama-ulama yang menyarankan pendapat begini pada masa itu ialah Muhammad Abduh dari Mesir. Pendapat ini masih disarankan oleh mereka yang telah patah semangat, dan cuba untuk menyesuaikan Islam dengan keadaan serta fahaman-fahaman kufur dan thagut.

c. Mereka cuba memberatkan jihad dari segi istilah bahasa dan cuba mengelakkan dari istilah syari'ah. Dengan itu, setiap kali jihad disebut, terus fahaman yang diambil ialah `usaha sedaya upaya' dan ini memadamkan api umat Islam untuk berjuang menegakkan Islam.

d. Fahaman jihad sengaja dialihkan kepada `jihad menentang hawa nafsu, atau jihad menentang hasutan syaitan'. Dalil yang mereka bawa ilah riwayat seorang sahabat yang berbunyi: "Kami baru pulang dari suatu jihad yang kecil kepada suatu jihad yang lebih besar." Seorang sahabat yang lain bertanya: "Apakah jihad yang lebih besar itu ?" Beliau menjawab, "Jihad menentang hawa nafsu,"
(dipetik dari `Al-Asrar al Marfu'a'-Mulla al Qari')

Sedangkan...
- (ibn Hajar) Al Asqalani (kurun ke-12) menyatakan bahawa ini adalah kata-kata Ibrahim b. Abla (yakni bukannya kata-kata Rasulullah saw).
- Hafiz Iraqi menyatakan bahawa isnadnya daif (`Kanz Al Ummal' Bab 4, H.616)
- Ibn Taymiyyah menyatakan bahawa isnadnya daif (`Al Furqan)
- Lain-lain ulama Islam termasuk Qurtubi dan Suyuti menyatakan hadith ini daif.
Riwayat ini jelas bercanggah dengan ayat-ayat di dalam Al Quran. Terdapat 121 ayat yang menyebut mengenai jihad menentang orang kafir. Ramai ahli hadith menggolongkan ianya sebagai hadith maudu'(palsu). Masalahnya sekarang ada di antara cendiakawan kita yang cuba menyarankan da'yah palsu orientalis.
Sebagai contoh: Cik Salina Haji Zainol dalam artikelnya sepanjang 4 halaman bertajuk; Konsep Jihad Menurut Islam di dalam majalah Visi (terbitan IKIM) keluaran Januari-Mac 1995, telah menulis, "Adalah tidak tepat jika jihad disamaertikan dengan perang". Seterusnya artikel itu meneruskan proses mengeruhkan lagi erti kata `jihad', bila dinyatakan jihad dalam Islam melingkungi jihat nafsu dan sebagainya.
Begitu jua dengan buku terbitan terbaru Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) yang bertajuk "Ikhtibar Jihad Rasulullah" yang menjelaskan pengertian jihad sebagai "penggemblengan tenaga dengan menggunakan cara-cara yang aman. Peperangan hanya dilancarkan apabila keadaan memerlukan seperti memelihara keselamatan para pendakwah dan demi mempertahankan negara".

e. Jihad dari segi syari'ah terbahagi kepada dua jenis:

-Jihad menyerang (offensive) ini didirikan oleh Daulah Islam
-Jihad mempertahankan (defensive) dilakukan apabila umat/tanah orang Islam diserang oleh musuh Islam (kafir)

I. Kedua-dua bentuk jihad adalah wajib, tetapi kini, jihad yang pertama tidak didirikan. Musuh Islam tidak henti-henti menyerang umat Muhammad saw dan dengan kehilangan Daulah Islam, akibat mereka sibuk dengan jihad yang kedua sahaja.; ini menghalang umat dari memberi tumpuan kepada masalah dan wajib asasi iaitu penegakkan keseluruhan Islam.

II. Jihad mempunyai fungsi yang khusus dalam Islam, ianya merupakan thariqah ataupun kaedah Daulah Islam menyebarkan syiar Islam. Dengan itu, jihad mempunyai objektif yang khusus. Syuhada (mati syahid) hanyalah ganjaran bagi orang Islam yang terkorban di medan perang, maka mati syahid itu hanyalah hasilan sampingan dari berjihad; tapi kini, umat Islam mengejar syahid, tanpa menghiraukan objektif jihad yang sebenar, seperti yang ditentukan oleh Allah SWT.

III. Justeru itu juga, umat Islam melalaikan isu rancangan dan persiapan jihad dan era selepas jihad. (Kita menyaksikan keadaan yang sedih di Afghanistan). Akibatnya nasib umat Islam tidak berubah, beredar dalam pusaran pedih yang tidak putus-putus.

f. Jihad disalahgunakan tak mengira Islam atau tidak. Sekiranya kita memahami maksud jihad dari syari'ah Islam, tidak mungkin berlaku `jihad menentang sesama Islam' seperti diAlgeria, Afghanistan dan tidak mungkin juga jihad digunakan sebagai kaedah untuk menegakkan Daulah Islam!

g. Akhirnya, ada di antara umat Islam yang menganggap jihad meliputi mana-mana perjuangan yang dianggap `munasabah' dari segi fikirannya sendiri; mereka menganggap perjuangan kemerdekaan Amerika, British, Perancis, Komunis sebagai `jihad'. Islam langsung tidak diambil kira; kafir dan Muslim tidak dibezakan.
Erti jihad sebenarnya cukup luas lagi kompleks. Ulama kontemporari juga menyenaraikan penglibatan gerakan islam dalam Pilihan raya sebagai satu jihad!Iaitu usaha mengembalikan sistem kufur (demokrasi) kepada pemerintahan islam (sistem khilafah) yang syumul lagi menyeluruh.

Penutup

Mengikut dalil ayat-ayat Al-Quran yang telah dinyatakan dipermulaan artikel ini, jelaslah bahawa jihad dalam islam tidak langsung menggambarkan bentuk-bentuk jihad yang disebutkan di atas. Jika bentuk-bentuk sebeginilah yang difahami sebagai jihad maka sia-sialah segala pengorbanan Rasulullah dan para sahabat yang disirami dengan titisan air mata dan dibajai dengan darah dalam meninggikan kalimah syahadah di bumi Allah ini.
Sekiranya hawa nafsulah yang dijihadkan maka adalah lebih baik Rasulullah duduk diam sahaja di rumah dan mendidik hawa nafsunya sahaja tanpa keluar berperang sehingga menumpahkan darah. Amatlah menyedihkan sekiranya kita merasakan diri kita sebagai golongan yang menyeru kepada Islam tetapi pada waktu yang sama melaungkan fahaman jihad yang begini; tanpa memahami dengan jelas konsep-konsep Islam yang tulen.

Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw berkata:

"Tiada siapa yang telah memasuki syurga akan mahu pulang ke dunia, walaupun jika ianya diberi segala apa yang dikandungi dunia; kecuali yang syahid, dia akan asyik mengharapkan dapat pulang ke dunia dan disyahidkan 10 kali lagi `fi sabilillah' disebabkan penghormatan yang diberi sebagai balasan syahidnya."
[Bukhari dan Muslim]

''Akan datang segolongan manusia pada hari kiamat di mana iman mereka adalah iman yang dahsyat, cahaya mereka memancar disekeliling mereka. Dikatakan oleh para malaikat pada mereka: 'Khabar gembira buat kalian pada hari ini. Salam sejahtera ke atas kalian. Masuklah ke dalam syurga selama-lamanya'.
Para malaikat dan para nabi merasa gembira kerana kecintaan Allah ke atas mereka. Para sahabat bertanya: 'Siapakah mereka itu wahai Rasullullah?'. Dijawab: 'Mereka bukan dari kita. Kalian adalah sahabat-sahabatku. Mereka adalah kecintaanku. Mereka akan datang selepas kalian, yang pada saat itu, mereka dapati Al-Quran telah diabaikan dan As-Sunnah ditinggalkan. Namun mereka kemudian mempelajarinya dan mengajarkannya.
Mereka dikepung oleh berbagai siksaan dari setiap tempat dan penjuru lebih dari apa yang menimpa kalian. Iman salah seorang dari mereka sebanding dengan 40 orang dari kalian. Dan syahid seorang dari mereka sebanding dengan 40 syahid dari kalian, sebab kalian mendapat dukungan dalam mempertahankan kebenaran. Mereka dikepung oleh berbagai kezhaliman dari berbagai penjuru. Mereka berada di Baitul Maqdis. Ya Allah, tolonglah mereka, jadikanlah mereka sebagai pengikut-pengikut (teman-temanku) di Al-Haudh (telaga nabi di syurga) (Thabrani)

'Apabila telah bermaharajalela (muncul) dalam diri kalian dua kemabukkan: mabuk kebodohan dan mabuk kecintaan terhadap kehidupan, maka saat itulah kalian tidak memerintah kepada maaruf dan mencegah kemungkaran. Pada waktu itu orang yang terus berpegang dengan Kitabullah baik secara sembunya maupun terang-terang adalah setara dengan para pendahulu dari Muhajirin dan Anshar'
(Na'im bin Hammad dari Ibnu Wadhah)

'Orang yang terus berpegang pada agama dan sunnahku di zaman yang penuh dengan kemungkaran bagaikan orang yang menggenggam bara api. Siapa saja yang melaksanakan sunnahku pada saat demikian itu pahalanya senilai 50 orang dari kalian (sahabat)'
(Ibnu Wadhah dari Abu Tha'labah al-Khusyain

TITIK HITAM

Rasulullah SAW bersabda, " Sesungguhnya hati - hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air. "Baginda ditanya, "Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?". Rasulullah bersabda, " Banyak ingatkan maut dan membaca Al Quran ."
-Riwayat Baihaqi

Keterangan: disebutkan dalam beberapa hadis bahawa apabila seseorg hamba melakukan satu dosa maka satu titik hitam akan terlekat pada hatinya. Sekiranya dia benar - benar bertaubat maka titik hitam itu akan hilang. Jika dia melakukan satu dosa lagi maka satu titik hitam yg lain akan muncul. Demikian lah, sekiranya dia terus menerus melakukan dosa maka lama kelamaan dengan sebab banyaknya titik titik hitam itu hatinya akan menjadi hitam legam. Lantaran itu keinginan untuk melakukan kebaikan tidak wujud lagi dlm hati yang sedemikian , sebaliknya hati itu hanya akan condorong ke arah keburukan.

Dosa kecil? Dosa besar? Apakah dosa dimaksudkan itu? Perbuatan seperti kaum Nabi Luth? Atau mereka yang Riak?
Sama-samalah kita renungkan

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.