Followers

Friday 20 July 2012

SIFAT-SIFAT MAZMUMAH

Semalam Seri kongsikan sifat-sifat mahmudah. Semoga apa yang diberi menjadi garis panduan untuk diri Seri Dan kekawan lain. Agak janggal juga jika Seri tak kongsikan pula sifat berlawanan mahmudah iaitu Mazmumah.

Sifat Mazmumah adalah sifat tercela. Menurut imam al-ghazali, antara sifat mazmumah adalah seperti berikut:

GEMAR MAKAN DAN MINUM
Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad saw yang bererti :

" Yang terlebih afdal pada Allah itu ialah orang yang banyak berlapar dan banyak tafakur. Dan yang terlebih benci kepada Allah itu ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak makan"

Kenapa sedemikian? Kerana mereka yang selalu kekenyangan akibat gemar mkan dan minum akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana sentiasa terdorong untuk tidur dan beristirehat.

BANYAK BERKATA-KATA YANG SIA-SIA
Sudah menjadi lumrah manusia suka bercakap yang siaisia, yang boleh ditakrifkan sebagai bencana lisan ialah mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar.

Firman Allah yang bermaksud:
" Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruj( manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf atau mendamaikan antara manusia" - surah An-nisan :114

Malahan ada hadis Rasulullah saw yang bermaksud : Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik atau diam sahaja.

MARAH
Sifat marah berpunca daripada kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang bersikap sedemikian selalunya disorong oleh pengaruh syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya
Seringkali orang pemarah ini mewarisi sifat-sifat seperti sombong, bongkak, tidak boleh ditegur dan lain-lain. Bagaimanapun, islam tidak melarang umatnya mempunyai sifat marah dalam hal-hal tertentu seperti firman Allah SWt yan bermaksud:

"Wahai Nabi, perangilah orang kafir dan orang munafik itu dan bersikap keraslah terhadap mereka" - surah al-Tahrim:9

HASAD, DENGKI DAN IRI HATI
Sifat-sifat ini lahir dari rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya. Terdapat hadis Rasulullah yang bererti:

"Hasad itu memakan kebajikan, sebagaimana api memakan kayu"

Firman Allah yang bermaksud:

"Sekiranya kamu mendapat kebaikan, nescaya mereka akan berasa kurang senang, tetapi apabila kamu mendapat kecelakaan, mereka bersuka ria kerananya" - surah Ali imran:120

Untuk mengelakkan perasaan hasad, dengki dan iri hati ini, seseorang itu perlu selalu mengamalkan sifat tawaduk, mengucapkan puji dan syukur kepada Allah atas nikmat yang dikecapi oleh saudara seislam kita. Mudah-mudahan kita juga akan dilimpahi Allah nikmat yang serupa kelak.

KASIH PADA HARTA
Tidak salahnya memiliki harta dan kemewahan hidup. Tetapi kemewahan yang membawa kepada sifat bakhil. Tamak haloba dan juga membazir dibenci oleh Islam.

Agama kita menuntut orang yang kaya dan berada menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat seperti bersedekah, berzakat, dan membelanjanakan harta di jalan Allah. Firman Allah swt yang bermaksud:

"Hai orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta kekayaanmu dan anak pinakmu daripada mengingati Allah. Sesiapa berbuat demikian. Maka tergolonglah mereka di kalangan orang yang rugi" - surah al-munafiqun:9

TAKBUR
Firman allah yang bermaksud:

" Apabila dikatakan padanya: Takutilah Allah. Ia lalu dipengaruhi oleh kemegahan (takbur) yang membawanya kepada dosa, cukuplah neraka jahanam (sebagai balasan)" - surah al-Baqarah : 206

Banyak sebab yang bolej membawa seseorang itu kepada sifat takbur atau menyombong diri. Antaranya sebab nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kecantikan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.

Untuk menghindari sifat takbur ini, selalu mengamalkan sifat tawaduk atau rendah diri dengan membanyakkan pergaulan dengan semua peringkat ahli masyarakat dan melatih diri mendengar pandangan orang lain dalam segala hal.

RIAK
Riak ditakrifkan sebagai sifat untuk menari pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik yang dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan.

Sifat riak yang nyata seperti menunjuk-nunjuk dalam amal ibadah dan riak yang tersembunyi ialah beratnya hati seseorang untuk beramal apabila bersendirian tetapi akan berbuat demikian apabila orang lain yang menyaksikannya!

Terdapat hadis Rasulullah saw yang bererti:

"Serendah-rendah riak adalah syirik"

Rakan-rakan perlu berhati-hati supaya tidak bersifat riak dan sebaik-baiknya hendaklah membiasakan diri untuk merahsiakan segala amalan baik kita supaya tidak diketahui orang

Apakah perkara yang boleh membuatkan seseorang itu riak? Ianya adalah seperti mempertontonkan keindahan tubuh badan, pakaian, ucapan dan perlakuan.

UJUB
Sifat ujub pula berkait rapat dengan takbur dan riak. Ujub bererti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan, kepandaian, kekayaaan dan lain-lain.

Sifat ujub boleh diatasi dengan sentiasa memikirkan bahawa tiada benda di dunia ini akan kekal.

Setiap sifat boleh ditimpa keuzuran atau penyakit suatu hari nanti, yang tinggi darjat keturunannnya tidak akan dinilai di sisi Allah selain takwa dan yang kaya pula boleh mengalami bencana-bencana seperti kecurian, penculikan dan sebagainya

Sentiasalah menghisab atau meneliti kekurangan diri sendiri ( muhasabah) sebagai hamba Allah akan melahirkan jiwa yang murni dan bebas daripada sifat-sifat tercela ini.

KASIH AKAN DUNIA
Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenenagan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Hakikat sebenar kehidupan dunia ini telah digambarkan oleh Allah swt dalam firmannya :

"Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumbailumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak" - surah al-Hadid: 20

Allah swt telah menjelaskan dalam firman-Nya yang lain, bahawa segala yang ijadikan di muka bumi ini adalah sebagai perhiasan dan cubaan kepada manusia untuk menilai baik buruknya amalan seseorang itu.

Seandainya insan itu mengenali hakikat kejadian dirinya dan mengenali rahsia dirinya dengan sebaik-baiknya, mengenali rahsia dan hikmah dunia ini sebagai tempat menimba bekalan takwa menuju akhirat, pasti kecintaan yang melampaui batas terhadap kehidupan dunia yang sementara ini akan terhapus

MAJLIS MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA

PENGUMUMAN PADA RAKAN MEDIA SOSIAL

Salam~Majlis Media Sosial 1Malaysia telahpun diluluskan bernombor pendaftaran~PPM-013-20072012


Bagi pihak Majlis,sahabat-sahabat dialu-alukan untuk turut serta menjadi ahli Majlis ini dengan menghubungi Setiausaha Agung saudara Saiful 0133655339 utk keterangan lanjut~terima kasih


SIFAT-SIFAT MAHMUDAH

Apakah sifat mahmudah itu? Sempena menyambut bulan mulia ini, marilah kita saling berpesan-pesan kepada kebenaran.

Ketahuilah sifat-sifat mahmudah itu adalah sifat-sidat terpuji.

Menurut imam Al-Ghazali, sifat mahmudah ini antarantan adalah : TAUBAT, TAKUT AKAN ALLAH, KASIH AKAN ALLAH, ZUHUD, SABAR, SYUKUR, IKHLAS DAN BENAR, TAWAKAL, REDA DENGAN QADAK ALLAH dan MENGINGATI MATI.

TAUBAT
Keazaman untuk meninggalkan kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.

Firman Allah yang bermaksud :

"Dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai sekalian orang mukminin, semoga kamu mendapat kemenangan - surah Al-Nur:31

TAKUT AKAN ALLAH
Apabila seseorang muslim itu mengenali Zat Allah melalui mengenal sifat-sifat-Nya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah. Firman Allah yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang yang paling takut kepada Allah ialah hamba-hamba-Nya yang berilmu - surah Fatir : 28

MAHABBAH
Kasih kepada Allah swt itu dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh Rasulullah saw.

" Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang - surah ali Imran:31

Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan jiwa insan yang benar-benar cintakan agama dan rela berjuang dan berkorban demi menegakkannya.

ZUHUD
Satu corak kehidupan insan mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia sambil berusaha meninggalkan semua perkara yang tidak baik.

SABAR
Firman Allah yang bermaksud:
" Dan kami (Allah) akan memberikan balasan kepada orang yang bersabar itu pahala, menurut apa yang telah mereka kerjakan dengan sebaiknya" -surah al-Nahl:96

Sabar begitu sukar untuk dipraktikkan kecuali orang yang kuat imamnya dan tabah menghadapi. Segala keadaan.

SYUKUR
Firman Allah :
" Maka ingatilah Aku, nescaya Aku akan mengingatimu, dan syukurilah nikmat-Ku dan jangan sekali-kali kamu kufur (lupakan budi-Ku) -surah al-baqarah:152

Syukur itu meliputi ilmu, amalan dan suasana. Ilmu itu adalah dengan mengenal Allah menerusi nikmat-Nya. Amalan adalah dengan melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Allah. Suasana pula ialah menimbulkan kegembiraan atas nikmat yang dikecapi.

IKHLAS DAN BENAR
Mereka yang sentiasa membersihkan amalannya dinamakan orang yang ikhlas. Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia.

Amalan ikhlas dan suci dalam perbuatan, tutur kata dan ibadat akan dapat mendekatkan diri insan kepada Allah.

Firman Allah:
"Kecuali orang yang bertaubat, membuat kebaikan dan berpegang teguh kepada Allah serta mengikhlaskan agamanya kerana Allah - surah al-nisa:146

TAWAKAL
Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah setelah berazam. Seterusnya diikuti dengan usaha
Firman Allah :

"Apabila kamu berazam. (Bermaksud mengerjakan sesuatu) maka bertawakallah pada Allah" - surah ali imran : 159

REDA DENGAN QADAK ALLAH
Ia merupakan salah satu daripada sifat-sifat mahmudah. Segala ketentuan Allah sama ada baik ataupun buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insan mukmin. Tidak ada penyesalan atau keluh kesah menerima apa-apa sahaja ketentuan yang berlaku.

Firman Allah:
"Allah telah reda akan mereka, dan mereka pula reda dengan Allah, itulah sifat orang yang takut akan tuhannya. Surah al-bayyinah :8

MENGINGATI MATI
Sifat mahmudah akhir ini menurut imam al-gahazali ialah sentiasa mengingati kematian.
Firman Allah

" Katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian ingin lari daripadanya itu pasti mendatangi kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata. Kelak Dia akan memberitahu kamu segala yang kamu lakukan" -surah al-Jumu'ah:8

adakah sifat-sifat ini ada pada diri anda semua. Mari kita bermuhasabah

Thursday 19 July 2012

ADAP BERBUKA PUASA


ADAB berbuka puasa ialah menyegerakan berbuka apabila masuk waktu. Sahl bin Sa'ad melaporkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdoa ketika berbuka
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Doa daripada Rasulullah SAW ketika berbuka dan disunatkan kita membaca: "Hilanglah dahaga, basahlah peluh (hilang kekeringan) dan tetaplah pahala, insya-Allah." (Hadis riwayat Abu Daud)
Berdoa kepada orang yang menjamu kita berbuka.

Kata Anas: "Rasulullah SAW pernah datang ke (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda makan dan berkata: Mereka yang berpuasa berbuka puasa di sisi kamu, mereka yang baik makan makanan kamu dan malaikat akan berselawat ke atas kamu." (Hadis riwayat Abu Daud)
Berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air

Rutab ialah buah kurma yang sudah masak sebelum menjadi tamar kering. Ia lembut dan manis, manakala tamar ialah buah kurma yang sudah kering. Anas berkata:
"Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Jika tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar dan jika tiada tamar, maka beliau minum beberapa teguk air." (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Makan dengan sederhana
Orang berpuasa digalakkan tidak makan berlebihan ketika berbuka bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan." (Surah al-A'raf, ayat 31)

Segerakan solat Maghrib
Selepas berbuka dengan tamar atau air, jika makanan belum dihidangkan, umat Islam perlu segera menunaikan solat. Namun, jika makanan sudah dihidangkan, maka makruh meninggalkan makanan untuk menunaikan solat.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jemaah) sudah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa." (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sumber: beritaharian

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SEMPENA BULAN MULIA - INGATILAH MEREKA YANG MEMERLUKAN


"Ish.. Apa nak dicari buat berbuka untuk anakku semua.. Ya Allah.. Kau bantulah aku Ya Allah.." keluhan seorang ibu yg kesusahan dalam menyambut ramadhan..

"Kalaulah ada ayah dan ibu bolehlah kita berbuka bersama ya adik" rintihan anak yatim piatu yg tiada ayah ibu..

Hari ini aku menadah tanganku dengan penuh rasa keinsafan Ya Allah.. Kau bantulah mereka.. Kau gembirakan hati ibu dengan rezekimu Ya Allah.. Kau riangkanlah hati anak anak yatim itu dengan kuasamu Ya Allah.. Sesungguhya aku insanmu yg hina ini tidak termampu menggembirakan si ibu yang dalam kesusahan.. menggantikan ayah dan ibu bagi si yatim piatu.. Mereka semua tiada spt apa yg kita ada Ya Allah..

Kita gembira pabila ramdhan menjelma.. Tapi tidak si ibu.. Tidak si anak yatim piatu.. Belum lagi ayah yang berhempas pulas mencari sesuap nasi utk anak anaknya yang kelaparan.. Kehausan..

"Biarlah anak anak ayah dapat berbuka.. Asalkan mereka gembira.. Ayah tak apa.. "

Hati ini menangis kerana hari ini kita ada semua tapi kita lupa mereka.. Hati ini menangis kerana kita mampu semua tetapi tidak mereka..

Ya Allah.. Hanya satu permintaanku untuk Ramadhan ini Ya Allah.. Berilah mereka peluang merasa apa yang lainnya rasa.. Berilah mereka kegembiraan dan kesenangan kemudiannya.. Mereka juga seperti kami.. Perlu utk merasa bahagia.. Perlu utk merasa gembira.. Hari ini kami lalai tentang mereka.. Kami masih dengan dunia kami.. Kami masih tidak mensyukuri dengan nikmatmu Ya Allah..

Ya Allah.. Ampunkan aku kerana kesilapanku.. Ampunkan aku kerana keegoaanku.. Begitu jua semua sahabatku.. Kau ampunkan aku kerana leka dalam membantu mereka.. Kau ampunkanlah aku kerana terlupakan mereka.. Moga moga Allah perkenankan doaku ini.. Hati ini terdetik.. Bagaimanakah kalau kita yang berada ditempat mereka???

JOM BERAMAL


♡̨̐​السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ♡̨̐

Kempen "Sajian Amal" utk anak2 Rumah Amal di bawah naungan Baitul Kasih akan diteruskan di sepanjang Ramadhan ini.

Info lanjut di: www.baitulkasih.org.my/sajian-amal.htm

Sajian disediakan oleh NaziF Catering: Hp: 0192514611 -ввм™: 2769FDE7
Jom! Sama2 kita mengambil saham ♡

SELAMAT BERPUASA


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa  umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan  hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu seri terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika Seri ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

"SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA"