Followers

Friday 20 July 2012

SIFAT-SIFAT MAHMUDAH

Apakah sifat mahmudah itu? Sempena menyambut bulan mulia ini, marilah kita saling berpesan-pesan kepada kebenaran.

Ketahuilah sifat-sifat mahmudah itu adalah sifat-sidat terpuji.

Menurut imam Al-Ghazali, sifat mahmudah ini antarantan adalah : TAUBAT, TAKUT AKAN ALLAH, KASIH AKAN ALLAH, ZUHUD, SABAR, SYUKUR, IKHLAS DAN BENAR, TAWAKAL, REDA DENGAN QADAK ALLAH dan MENGINGATI MATI.

TAUBAT
Keazaman untuk meninggalkan kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.

Firman Allah yang bermaksud :

"Dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai sekalian orang mukminin, semoga kamu mendapat kemenangan - surah Al-Nur:31

TAKUT AKAN ALLAH
Apabila seseorang muslim itu mengenali Zat Allah melalui mengenal sifat-sifat-Nya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah. Firman Allah yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang yang paling takut kepada Allah ialah hamba-hamba-Nya yang berilmu - surah Fatir : 28

MAHABBAH
Kasih kepada Allah swt itu dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh Rasulullah saw.

" Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang - surah ali Imran:31

Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan jiwa insan yang benar-benar cintakan agama dan rela berjuang dan berkorban demi menegakkannya.

ZUHUD
Satu corak kehidupan insan mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia sambil berusaha meninggalkan semua perkara yang tidak baik.

SABAR
Firman Allah yang bermaksud:
" Dan kami (Allah) akan memberikan balasan kepada orang yang bersabar itu pahala, menurut apa yang telah mereka kerjakan dengan sebaiknya" -surah al-Nahl:96

Sabar begitu sukar untuk dipraktikkan kecuali orang yang kuat imamnya dan tabah menghadapi. Segala keadaan.

SYUKUR
Firman Allah :
" Maka ingatilah Aku, nescaya Aku akan mengingatimu, dan syukurilah nikmat-Ku dan jangan sekali-kali kamu kufur (lupakan budi-Ku) -surah al-baqarah:152

Syukur itu meliputi ilmu, amalan dan suasana. Ilmu itu adalah dengan mengenal Allah menerusi nikmat-Nya. Amalan adalah dengan melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Allah. Suasana pula ialah menimbulkan kegembiraan atas nikmat yang dikecapi.

IKHLAS DAN BENAR
Mereka yang sentiasa membersihkan amalannya dinamakan orang yang ikhlas. Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia.

Amalan ikhlas dan suci dalam perbuatan, tutur kata dan ibadat akan dapat mendekatkan diri insan kepada Allah.

Firman Allah:
"Kecuali orang yang bertaubat, membuat kebaikan dan berpegang teguh kepada Allah serta mengikhlaskan agamanya kerana Allah - surah al-nisa:146

TAWAKAL
Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah setelah berazam. Seterusnya diikuti dengan usaha
Firman Allah :

"Apabila kamu berazam. (Bermaksud mengerjakan sesuatu) maka bertawakallah pada Allah" - surah ali imran : 159

REDA DENGAN QADAK ALLAH
Ia merupakan salah satu daripada sifat-sifat mahmudah. Segala ketentuan Allah sama ada baik ataupun buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insan mukmin. Tidak ada penyesalan atau keluh kesah menerima apa-apa sahaja ketentuan yang berlaku.

Firman Allah:
"Allah telah reda akan mereka, dan mereka pula reda dengan Allah, itulah sifat orang yang takut akan tuhannya. Surah al-bayyinah :8

MENGINGATI MATI
Sifat mahmudah akhir ini menurut imam al-gahazali ialah sentiasa mengingati kematian.
Firman Allah

" Katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian ingin lari daripadanya itu pasti mendatangi kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata. Kelak Dia akan memberitahu kamu segala yang kamu lakukan" -surah al-Jumu'ah:8

adakah sifat-sifat ini ada pada diri anda semua. Mari kita bermuhasabah

No comments:

Post a Comment