Followers

Monday 25 June 2012

JANJI RETORIK ATAU JANJI DITEPATI

"Kita WAJIB menentang BN kerana BN menjadikan negara ini negara sekular!" Ayat tu terngiang-ngiang di telinga Seri sewaktu mendengar seorang dua rakan sekerja Seri ketika menyertai program tahunan jabatan.

"Kalau kita mengundi BN, bererti kita menyokong Yahudi! Yang sangat bencikan Islam!" Semangat lagi si ustaz berceloteh tanpa mempedulikan ucapan pengerusi majlis yang sedang memberi ucapan . Suaranya cukup jelas di telinga Seri yang kebetulan duduk di hadapan kerusi mereka.

" Ustaz, betulkah BN menentang Islam?" Tidak tahan lagi seri menoleh dan mencelah. Terpinga seketika rakan Seri, agaknya dia sebelum ini tidak sedar kehadiran Seri.

" Ya" sura kurang yakin.

" Pemimpin BN menentang Islamker ustaz?" Seri tanya lagi.

" Menolak hudud itu bererti menentang Islam!" Si ustaz mulai bersemangat mahu berdebat.

" BN ada kata menentang Islamker ustaz?" Sekali lagi seri sengaja mengulangi soalan.

" Tak kata tapi menolak hudud itu menentang hukum Allah!" Ustaz pantas menjawab. Diiringi anggukan sokong raka yang duduk bersebelahannya.

" Ada pemimpin BN Islam kata menolak hukum Allah? Atau menolak hudud yang dibuat oleh PAS?" Seri tanya lagi. " Betulkah PAS memperjuangkan Islam? Dan kenapa PAS sanggup menyokong DAP? Sedangkan pemimpinnya pernah mengeluarkan kenyataan, langkah mayat saya jika mahukan malaysia menjadi negara Islam? Dalam masa sama nik aziz telah menghina umat Islam hanya kerana menyertai UMNO? Bukankah yang mengatakan malaysia negara sekular itu karpal singh? Kenapa nk tuduh BN pula mengeluarkan kenyataan?" Terdiam ustaz tersebut dengan wajah memerah.

" Ustaz, kita ni pendidik. Kita mahu anak murid kita mendengar semasa kita bercakap, kita marah apabila murid kita berbual dan tidak beri perhatian. tetapi adakah kita buat apa yang kita katakan pada murid kita?" sebaik sahaja habis cakap, seri kembali membelakangkan mereka. Rakan sejawatan seri selepas itu senyap sahaja sehingga habis majlis.

Habis cerita. Tetapi itu bukan motif Seri yang utama. Seri nak kongsikan 1 artikel yang menarik perhatian Seri. Sila baca ini :

Negara Sekular atau Negara Islam Berjaya..


SYUKUR Alhamdulillah kerana berkesempatan hadir sepanjang 3 hari Seminar Fiqh berlangsung. saya mengikuti hampir kesemua sesi dan merasa amat bertuah mendapat ilmu dan pengalaman ilmuan Islam yang dijemput khas dalam program ini. Malah saya juga berpeluang bertanya soalan kepada pakar akademik dari Arab Saudi berkenaan perlaksanaan hukum hudud di Malaysia. Mungkin bagi yang membaca akhbar pada hari-hari berikutnya akan terbaca isu ini dan ianya adalah berbangkit dari soalan yang saya kemukakan. 

Pada sesetengah orang terutama yang berpakaian kerajaan tapi berfahaman pembangkang, menerima pandangan seorang alim ulama lagi professional bahawa Malaysia bukan negara sekular seperti yang mahu dipercayai oleh semua penyokong pembangkang yang berpegang kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1988 yang menyebutkan Malaysia adalah sebuah negara secular.

Inilah kesimpulan penulis melihat dari respon-respon segelintir peserta selepas pembentangan kertas kerja terakhir seminar oleh Dr. Muhammad Uthman El Muhammady semalam. Pada penulis sendiri yang tidak berganjak mendengar pembentangan kertas kerja Dr. Uthman, berpendapat pandangannya itu adalah berasaskan kepada buku-buku dan pandangan para ilmuan Islam dan barat mengenai sekularisme ini, bukan dicipta sendiri oleh Dr. Uthman.  Sudah tentu perkataan sekular ini tidak wujud di dalam al-Quran kerana ia adalah satu perkataan yang diperkenalkan barat untuk memudahkan penuturan bagi menggambarkan sistem pemerintahan yang membawa kepada pemisahan agama dan urusan kerajaan.

Lagipun seperti yang dijelaskan Dr. Uthman, Ketua Hakim Negara pada ketika keputusan Mahkamah tersebut dibuat, Tun Salleh Abas (yang juga mantan ADUN dan Exco kerajaan PAS Terengganu) tidak menyatakan Malaysia sebuah negara sekular, sebaliknya menyebutkan ada undang-undang negara ini yang  bersifat sekular.

Satu-satunya yang mengatakan Tun Salleh menyebutkan negara ini sekular adalah Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.  Sudah tentu Karpal mahu percaya dengan perkara tersebut kerana DAP memang menanti kenyataan seperti ini untuk menyokong tujuan dan matlamat agung penubuhan DAP – menubuhkan republik Malaysia.

Kepada peminat pembangkang yang gemar menggambarkan Malaysia ini sebagai negara sekular, pandangan Karpal itu adalah satu-satunya kenyataan yang tinggal untuk menunjukkan Malaysia ini sekular, setelah hampir semua perkara yang tertulis dalam perlembagaan kita tidak langsung menjurus ke arah itu.
Tidak mungkin sama sekali sebuah negara sekular meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaannya, malah perkataan sekular itu sendiri tidak wujud dalam perlembagaan negara kita sejak dulu hingga sekarang, tak tahulah kalau Anwar dah mengambil alih nanti.

Keseluruhannya seminar ini bukan sahaja menafikan pandangan yang mengatakan negara ini adalah negara sekular, malah seminar ini turut mengesahkan bahawa cara negara ini diurus adalah bertepatan dengan Islam dan ketetapan yang dibuat oleh ahli-ahli Feqah.

Dari sistem pemerintahan beraja, berkerajaan dan pentadbiran semasa negara, semuanya adalah menepati kehendak Islam, walaupun masih banyak yang tidak lengkap tapi masih lagi tidak salah dari segi syariatnya.
Kenyataan ini sudah tentu tidak sahaja mengejutkan penyokong pembangkang malah penyokong kerajaan sendiri kerana dikeluarkan oleh profesional dan ilmuan Islam yang terkenal di peringkat antarabangsa.  Bagi penyokong kerajaan, kita memang yakin sistem berkerajaan kita menepati syariat Islam berdasarkan pandangan ulama tempatan, tak pulak kita sangka, ilmuan dan ulama terkenal dunia Islam turut berkongsi pandangan yang sama.

Semua ini sepatutnya menyakinkan rakyat Malaysia bahawa Barisan Nasional adalah jawapan terbaik kepada kerajaan mana satu yang sepatutnya memimpin setelah Pilihanraya Umum ke 13 berakhir.  Sistem sekarang bukan saja mendaulatkan Islam tapi juga memastikan hak bukan Islam tidak terbiar.- cr lokman moidin blog

Semoga perkongsian ini membuatkan semua memikirkan semula. Pakatan yang hanya janji retorik atau BN yang janji ditepati.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. Saya sokong 200 %.Mereka cakap ikut sedap mulut tanpa fakta tepat dan memekak telinga dan membuta mata jika kebenaran berpihak pada Kerajaan BN!!Taksub yg teramat sangat!!Si Kafir di beri gelaran sebagai Umar Abd Aziz..dan membaca doa'utk nya,tak malukah mereka sebagai org Islam ?Gunakan lah tangan kita utk memilih dan memangkah kerajaan yg iklas dan membela Islam,bangsa Melayu dan Raja2 Melayu. Tolaklah puak durjana ini yg memecah belahkan bangsa Melayu dan Islam cuma utk memuaskan nafsu sarkah puak mereka dan bercita2 menjadi PM !!!Salam..

    ReplyDelete