Followers

Wednesday 20 June 2012

JAUHI KUMPULAN MEMPOLITIKKAN AGAMA!!!

Maha suci Allah swt. Menghadiahkan Rahmat-Nya kepada manusia dengan menurunkan wahyu kepada junjungan Nabi Muhammad saw.

" Dan jauhilah golongan yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia. Peringatkan mereka dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri seorang itu tidak terjerumus ke neraka dengan sebab apa yang telah mereka lakukan di dunia. Tidak ada baginya penolong atau pemberi syafaat selain Allah. Dan sekiranya ia hendak menebus kesalahan dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak diterima lagi. Merekalah golongan yang dijerumuskan dengan sebab apa yang mereka lakukan. Bagi mereka disediakan minuman daripada air yang menggelegak serta azab seksa yang tidak terperi sakitnya disebabkan mereka kufur ingkar - surah al-An'am: 70

Islam melarang umatnya mempersendakan Agama. Ertinya melengahkan waktu solat, mengerjakan peribadatan sambil lewa. Dan juga mempolitikkan agama sebagai perjuangan pribadi boleh dikaitkan sebagai mempersendakan agama.

Sebagai hamba Allah swt, seri nak menasihatkan pada orang-orang sedemikian. Berhentilah menganggap agama Islam sebagai jambatan menarik perhatian. Seri lihat, PAS sendiri menjadikan agama Islam sebagai mainan. Agama Islam ini sebagai platform untuk menjayakan politik mereka. Bukan seri mahu memfitnah. Ini jelas dan nyata. Acap kali fatwa dikeluarkan mengharamkan perkara berlawan pendirian PAS dan apabila ia berkaitan dengan politik mereka, fatwa menghalalkan akan dizahirkan.

Ingatlah, apa yang kita lakukan di dunia akan dibalas di akhirat kelakm tak kira baik ataupun jahat. Yang jelas, orang yang mempersendakan agama Islam tidak akan mendapat Syafaat di akhirat. Itu kenyataan bukan seri yang putuskan.

Pintu taubat sentiasa terbuka untuk mereka yang sudah terlibat kembali ke pangkal jalan.

" Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberti petunjuk kepadanya, nescaya akan dibukakn Allah hatinya menerima Islam. Dan sesiapa yang Ia hendak sesatkan nescaya akan disempitkan dadanya sesempit-sempitnya seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langoit dengan susah payah. Demikianlaj Allaj menimpakan azab kepada orang yang beriman. - surah Al-An'AM : 125


Berwaspadalah dan jauhilah kumpulan yang kononnya berjihad kerana Allah dalam politiknya .. Nawaitu dan tindakan adalah seiring. Bukan mempertikaikan jati diri sebagai muslim. Tetapi asakan syaitan juga boleh mempengaruhi keimanan diri.

Renung-renungkan....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment