Followers

Wednesday 20 June 2012

MANUSIA KHALIFAH DI BUMI VS PEMUSNAH UMAT?

Secawan kopi sebagai Santapan

" Tidakkah mereja melihat berapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, pada hal Kami telah teguhkan kedudukan mereka di bumi yang tidak kami berikan pada Kamu. Kami turunkan hujan yang lebat ke atas mereka dan kami jadikan sungai mengalir di bawah mereka, kemudian kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka sendiri dan kami ciptakan sesudah mereka umat yang lain - surah Al-An'am: 6

Allah swt menjadikan manusia ini sebagai khalifah di muka bumi. Mentadbir dan membangunkannya. Manusia dijadikan sesempurna dari makhluk lain yang Allah swt ciptakan kerana diberikan akal.

Malangnya seri menyedari manusia boleh menjadi makhluk di muka bumi paling buruk apabila gagal menggunakan akal dan mengikuti nafsu semata. Dalam Alquran itu sendiri sudah menceritakan peristiwa yang boleh dijadikan contoh kita umat Islam agar tidak berbuat perkara sama seperti Kaum Ad, Kamum tsamud,dan dahsyatnya Kaum Lut yang ciri-cirinya diperjuangkan oleh Pakatan sekarang.

Seri pernah mendengar seorang pengikut PAS mengatakan, Andai Nabi muhammad saw masih ada, sudah tentu baginda akan menyertai PAS. Persoalannya, adakah baginda junjungan kita akan menyokong tindakan Ambiga yang jelas memperjuangkan mereka yang mengamalkan kehidupan songsang (LGBT) itu sebagai yang berhak?

Seri berani kata, Baginda Rasulullah saw tidak akan bersekutu dengan kumpulan yang menggunakan nama Islam tetapi menyokong pihak yang memperjuangkan kehidupan songsang berdasarkan hadis Baginda Rasulullah SAW :

"Sesungguhnya yang paling aku takuti berlaku ke atas umatku ialah amalan kaum Lut "

Dan juga 1 lagi hadis baginda :

" Apabila berlaku kezaliman ke atas rakyat kafir yang berlindung di negeri Islam, maka negeri itu merupakan negeri musuh. Apabila berlaku zina, maka gadis-gadis Islam akan dirampas menjadi tawanan. Apabila berlaku homoseks,Allah akan biarkan sehingga di lembah mana mereka akan binasa"

Renungkan sabda baginda Rasulullah saw sebagai menilai apa yang kita lakukan. Apa yang berlaku sekarang, PAS bukan memperjuangkan Islam itu sendiri tetapi mempolitikkan Agama Islam untuk kepentingan pribadi mereka.

Mereka menggunakan hadis baginda " memusuhi orang kafir yang berlindung di bumi Islam" sebagai alasan bersekutu dengan DAP. Dan menggunakan alasan menhentam BN terutama UMNO yang mempertikaikan sokongan PAS kepada DAP. Dengan mengatakan kalau PAS dengan DAP tidak boleh bersatu. Kenapa UMNO membiarkan bersatu dengan MCA dan MIC?

Jawapan seri, MIC dan MCA tidak pernah mengeluarkan kenyataan "Langkah Dulu Mayat aku jika mahukan Malaysia menjadi negara Islam" itulah yang membezakan BN dan Pakatan.

PAS mesti berkata, apabila pakatan memerintah, perdana menterinya adalah dari kalangan Pakatan beragama Islam. Soalan seri pula, siapa mereka itu? Anwar? Islam menolak pemimpin yang mempunyai pembawaan songsang nafsu "BISEKSUAL", Azmin? Mampukah dia membela rakyat, sedangkan Isterinya sendiri shamsidar tidak mampu dilindunginya. Nik Aziz? Keuzurannya jelas membuatkan dia tidak layak memegang jawatan tersebut. Malahan dia tunduk dengan kekuasaan Anwar. Ag Hadi? Sangat gementar apabila karpal Singh bersuara tidak. Bakal jadi boneka DAP semata.

Apa yang boleh dibanggakan dengan Pakatan? Kelantan terkenal dengan masalah kekotoran airnya. Selangor? Menjelma negeri maju kepada negeri Bersampah dan masalah air. Pulau pinang? Negeri maju menindas rakyatnya. Kedah? Maju tak akan, mundurnya jelas kelihatan.

Hanya BN sahaja yang mampu mentadbir malaysia. Sejak merdeka sehingga kini, pembangunan negara Malaysia telah ditunjukkan.

Renung-renungkan....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment