Followers

Tuesday 6 September 2011

Salam Idulfitri dan Al Fatihah buat "WIRA NEGARA".......

Salam untuk semua...masih belum terlewat untuk cik seri mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan2 dan sahabat seagama di seluruh Malaysia yang menyambut Syawal baru-baru ini.. Hari ni pun baru 8 Syawal.. Pastinya masih banyak rumah-rumah mengadakan rumah terbuka dan majlis hari raya, baik kecik maupun yang besar tidak menjadi soal...yang penting semangat muhibbah dikalangan kita yang berbilang kaum, agama dan bangsa senantiasa dapat dijalinkan dalam apa jua cara....

Dalam keriangan kita menyambut hari raya, kita dikejutkan dengan berita yang meyedihkan seluruh rakyat Malaysia dimana kita telah dikabarkan bahawa salah seorang dari rakan Misi Kemanusiaan kita telah kembali ke Rahmatullah. Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, Manakala wartawan TV3 Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru, menurut wartawan Astro Awani Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro beliau berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) semasa mereka seramai enam orang sedang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.


Noramfaizul meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd. Irfan, 8, dan Mohd. Naufal, 3.


Allahyarham sanggup berkorban tidak beraya bersama keluarga semata2 untuk membantu Rakyat sesama Islam yg kebuluran tidak makan di Somalia. Sesungguhnya kemuliaan hatinya tidak mampu diukur dan diucap dengan kata2!!!!!

Marilah kita sama2 menghadiahkan beliau dengan surah AL FATIHAH dan juga para pejuang negara telah meninggalkan kita, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 mukmin. AMIN!!

No comments:

Post a Comment