Followers

Wednesday, 20 June 2012

JAUHI KUMPULAN MEMPOLITIKKAN AGAMA!!!

Maha suci Allah swt. Menghadiahkan Rahmat-Nya kepada manusia dengan menurunkan wahyu kepada junjungan Nabi Muhammad saw.

" Dan jauhilah golongan yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia. Peringatkan mereka dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri seorang itu tidak terjerumus ke neraka dengan sebab apa yang telah mereka lakukan di dunia. Tidak ada baginya penolong atau pemberi syafaat selain Allah. Dan sekiranya ia hendak menebus kesalahan dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak diterima lagi. Merekalah golongan yang dijerumuskan dengan sebab apa yang mereka lakukan. Bagi mereka disediakan minuman daripada air yang menggelegak serta azab seksa yang tidak terperi sakitnya disebabkan mereka kufur ingkar - surah al-An'am: 70

Islam melarang umatnya mempersendakan Agama. Ertinya melengahkan waktu solat, mengerjakan peribadatan sambil lewa. Dan juga mempolitikkan agama sebagai perjuangan pribadi boleh dikaitkan sebagai mempersendakan agama.

Sebagai hamba Allah swt, seri nak menasihatkan pada orang-orang sedemikian. Berhentilah menganggap agama Islam sebagai jambatan menarik perhatian. Seri lihat, PAS sendiri menjadikan agama Islam sebagai mainan. Agama Islam ini sebagai platform untuk menjayakan politik mereka. Bukan seri mahu memfitnah. Ini jelas dan nyata. Acap kali fatwa dikeluarkan mengharamkan perkara berlawan pendirian PAS dan apabila ia berkaitan dengan politik mereka, fatwa menghalalkan akan dizahirkan.

Ingatlah, apa yang kita lakukan di dunia akan dibalas di akhirat kelakm tak kira baik ataupun jahat. Yang jelas, orang yang mempersendakan agama Islam tidak akan mendapat Syafaat di akhirat. Itu kenyataan bukan seri yang putuskan.

Pintu taubat sentiasa terbuka untuk mereka yang sudah terlibat kembali ke pangkal jalan.

" Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberti petunjuk kepadanya, nescaya akan dibukakn Allah hatinya menerima Islam. Dan sesiapa yang Ia hendak sesatkan nescaya akan disempitkan dadanya sesempit-sempitnya seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langoit dengan susah payah. Demikianlaj Allaj menimpakan azab kepada orang yang beriman. - surah Al-An'AM : 125


Berwaspadalah dan jauhilah kumpulan yang kononnya berjihad kerana Allah dalam politiknya .. Nawaitu dan tindakan adalah seiring. Bukan mempertikaikan jati diri sebagai muslim. Tetapi asakan syaitan juga boleh mempengaruhi keimanan diri.

Renung-renungkan....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MANUSIA KHALIFAH DI BUMI VS PEMUSNAH UMAT?

Secawan kopi sebagai Santapan

" Tidakkah mereja melihat berapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, pada hal Kami telah teguhkan kedudukan mereka di bumi yang tidak kami berikan pada Kamu. Kami turunkan hujan yang lebat ke atas mereka dan kami jadikan sungai mengalir di bawah mereka, kemudian kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka sendiri dan kami ciptakan sesudah mereka umat yang lain - surah Al-An'am: 6

Allah swt menjadikan manusia ini sebagai khalifah di muka bumi. Mentadbir dan membangunkannya. Manusia dijadikan sesempurna dari makhluk lain yang Allah swt ciptakan kerana diberikan akal.

Malangnya seri menyedari manusia boleh menjadi makhluk di muka bumi paling buruk apabila gagal menggunakan akal dan mengikuti nafsu semata. Dalam Alquran itu sendiri sudah menceritakan peristiwa yang boleh dijadikan contoh kita umat Islam agar tidak berbuat perkara sama seperti Kaum Ad, Kamum tsamud,dan dahsyatnya Kaum Lut yang ciri-cirinya diperjuangkan oleh Pakatan sekarang.

Seri pernah mendengar seorang pengikut PAS mengatakan, Andai Nabi muhammad saw masih ada, sudah tentu baginda akan menyertai PAS. Persoalannya, adakah baginda junjungan kita akan menyokong tindakan Ambiga yang jelas memperjuangkan mereka yang mengamalkan kehidupan songsang (LGBT) itu sebagai yang berhak?

Seri berani kata, Baginda Rasulullah saw tidak akan bersekutu dengan kumpulan yang menggunakan nama Islam tetapi menyokong pihak yang memperjuangkan kehidupan songsang berdasarkan hadis Baginda Rasulullah SAW :

"Sesungguhnya yang paling aku takuti berlaku ke atas umatku ialah amalan kaum Lut "

Dan juga 1 lagi hadis baginda :

" Apabila berlaku kezaliman ke atas rakyat kafir yang berlindung di negeri Islam, maka negeri itu merupakan negeri musuh. Apabila berlaku zina, maka gadis-gadis Islam akan dirampas menjadi tawanan. Apabila berlaku homoseks,Allah akan biarkan sehingga di lembah mana mereka akan binasa"

Renungkan sabda baginda Rasulullah saw sebagai menilai apa yang kita lakukan. Apa yang berlaku sekarang, PAS bukan memperjuangkan Islam itu sendiri tetapi mempolitikkan Agama Islam untuk kepentingan pribadi mereka.

Mereka menggunakan hadis baginda " memusuhi orang kafir yang berlindung di bumi Islam" sebagai alasan bersekutu dengan DAP. Dan menggunakan alasan menhentam BN terutama UMNO yang mempertikaikan sokongan PAS kepada DAP. Dengan mengatakan kalau PAS dengan DAP tidak boleh bersatu. Kenapa UMNO membiarkan bersatu dengan MCA dan MIC?

Jawapan seri, MIC dan MCA tidak pernah mengeluarkan kenyataan "Langkah Dulu Mayat aku jika mahukan Malaysia menjadi negara Islam" itulah yang membezakan BN dan Pakatan.

PAS mesti berkata, apabila pakatan memerintah, perdana menterinya adalah dari kalangan Pakatan beragama Islam. Soalan seri pula, siapa mereka itu? Anwar? Islam menolak pemimpin yang mempunyai pembawaan songsang nafsu "BISEKSUAL", Azmin? Mampukah dia membela rakyat, sedangkan Isterinya sendiri shamsidar tidak mampu dilindunginya. Nik Aziz? Keuzurannya jelas membuatkan dia tidak layak memegang jawatan tersebut. Malahan dia tunduk dengan kekuasaan Anwar. Ag Hadi? Sangat gementar apabila karpal Singh bersuara tidak. Bakal jadi boneka DAP semata.

Apa yang boleh dibanggakan dengan Pakatan? Kelantan terkenal dengan masalah kekotoran airnya. Selangor? Menjelma negeri maju kepada negeri Bersampah dan masalah air. Pulau pinang? Negeri maju menindas rakyatnya. Kedah? Maju tak akan, mundurnya jelas kelihatan.

Hanya BN sahaja yang mampu mentadbir malaysia. Sejak merdeka sehingga kini, pembangunan negara Malaysia telah ditunjukkan.

Renung-renungkan....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 17 June 2012

PERISTIWA ISRA' MI'RAJ 2

Lanjutan cerita :

Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.

Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.

Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam kalendar Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PERISTIWA ISRA' Mi'RAJ

Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.

Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 16 June 2012

SEORANG KANAK-KANAK 7 TAHUN MAUT TERTEMBAK DIRI SENDIRI

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun maut selepas tertembak diri sendiri menggunakan pistol, yang disangka pistol mainan, di rumah neneknya di Ketereh di sini  malam tadi sebaik selesai menyambut hari jadinya.

Sementara bapa saudaranya, Helmi Ghazali berumur 31 tahun yang kebetulan berada di belakang mangsa, cedera di bahagian bahu dan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 9 malam apabila mangsa, Mohd Faris Faisal Hisham menjumpai pistol jenis Walter, yang disimpan oleh bapa saudaranya iaitu seorang anggota polis di bawah meja.

"Mangsa yang menyangkakan ia adalah pistol mainan telah melepaskan tembakan dan salah sebutir peluru menembusi dahinya.

"Mohd Faris meninggal dunia sebaik sahaja dibawa ke Klinik Kesihatan Ketereh," kata beliau kepada pemberita pada satu sidang media di sini, hari ini.

Mohd Faris yang baru sahaja menyambut hari lahirnya dikatakan bermain pistol milik bapa saudaranya yang merupakan seorang anggota polis di sebuah negeri lain selepas selesai majlis kenduri ibu saudaranya di sini.

"Kerana menyangkakan pistol itu barang mainan, kanak-kanak itu dipercayai tertembak dengan peluru pistol itu menembusi dahinya sebelum mengenai dada bapa saudaranya," kata beliau.

Jalaluddin berkata, sewaktu kejadian, anggota polis itu sedang menunaikan solat Isyak dan senjata api berkenaan disorokkan dalam laci sebuah meja, namun ditemui mangsa yang menyangkakan ia adalah pistol mainan.

"Laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian kerana tertembak," katanya lagi.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian. Mangsa diklasifikasikan maut mengejut.

Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai kes terpencil berkata, anggota polis itu akan disiasat dan tindakan susulan akan diambil.

Jenazah Mohd Faris, anak sulung daripada dua beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Ketereh, petang ini selepas selesai bedah siasat itu dilakukan.

Dalam pada itu, Benama memetik ibu Mohd Faris, Fadhilah Rifa'in, 27, berkata, dia menetap di Pasir Mas dan datang ke Ketereh untuk majlis perkahwinan adiknya.

Katanya, pada masa sama dia sempat menyambut hari lahir anaknya itu secara kecil-kecilan dan sebelum kejadian dia berada di luar rumah untuk mengemas meja dan kerusi sementara menunggu pembekal khemah datang mengambil barangan yang disewa selepas selesai majlis perkahwinan itu.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat dan saya tidak tahu apa yang berlaku. Sebaik saya masuk ke dalam rumah, saya lihat anak saya terkulai di atas lantai.

"Suasana menjadi kelam-kabut apabila seorang lagi ahli keluarga saya meraung kesakitan akibat luka di dada," katanya dan menambah anaknya itu dibawa ke klinik Kesihatan Ketereh sebelum disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, nenek Muhammad Faris, Norizan Abd Wahab, 46, berkata, selepas terdengar bunyi dentuman kuat di luar rumah, dia masuk ke dalam rumah dan melihat Helmi meraung kesakitan, manakala cucunya dalam keadaan kaku.

"Ketika itu, ramai ahli keluarga yang melihat keadaan menantu saya (Helmi) kerana cucu saya diam saja.

 "Saya segera melihat cucu saya dan mengangkatnya ke dalam lori pembekal khemah yang baru tiba untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Ketereh sebelum disahkanmeninggal dunia," katanya.

Sementara itu, ibu saudara Mohd Faris, Nor Ain Farhana Yasin, 15, yang berada di dalam rumah berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan dia hanya mendengar bunyi satu das tembakan dilepaskan. – SINAR HARIAN


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

NIK AZiZ TUNJUK PEACE @ CROSS-FINGERS??

Perhatikan gambar ini betul-betul ya. Seri berulang kali merenung gambar di atas. Korang sila periksa juga

Nik Aziz baru-baru ini melancarkan satu kempen untuk menuntut royalti minyak yang dituntut oleh Kerajaan Kelantan. JB tak nak cerita pasal royalti minyak sebab korang mesti tau apa sebenarnya yang terjadi disebalik tuntutan keras Nik Aziz terhadap kerajaan persekutuan.

JB nak cerita pasal lambang yang akan dipopularkan oleh Nik Aziz yang dilihat untuk menyaingi lambang 1Malaysia yang semakin mendapat tempat dihati rakyat Malaysia.

Jari telunjuk bersilang dengan jari tengah membawa maksud 'cross-finger' yang lebih gemar digunakan oleh penganut agama Kristian sebagai tanda salib bagi tuhan Jesusnya. Nik Aziz ternyata sudah sesat kerana mula mempopularkan lambang salib di negeri serambi Mekah itu.

Apa makna cross-finger?

The symbol's origin is Christian and was imported to Asian countries along with other Western ideas, food, fashion, technology. 

The crossing of fingers was a secret sign for Christians to recognise each other. Yet whilst the Sign of the Cross has evolved into a good luck symbol and retained its Christian meaning.

This change of emphasis may have begun during the so-called 'Hundred Years War' between France and England (1337-1457). An archer would cross his first and second fingers, pray or wish for luck, and then draw back his longbow string with those same fingers. - wikipedia.com

Sumber : jawa bernam blog

Ps: masa seri kecil dulu, seri selalu tengok cerita walt disney . Kalau orang diminta bersumpah. Andai dia berbohong. Dia berani bersumpah secara lisan, tetapi jarinya buat simbol cross-fingers. Menandakan bahawa dia berbohong dalam sumpahnya


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 15 June 2012

PATUTKER YANG TAK BUAT SALAH MINTA MAAF? EH???????

WWW 1: Salah Utusan Malaysia Nizar Pula Yang Mohon Maaf - Tak Patut

Kita biasa dengar jika seseorang menghampiri ajalnya kebiasaan orang itu akan berubah sikap atau perangainya.
Kalau yang selama hidupnya kurang amal ibadat, tiba-tiba dia rajin beribadat.
Kalau selama hidupnya dia seorang yang garang atau pemarah, tiba-tiba dia menjadi seorang yang penyabar atau lemah lembut.
Tiba-tiba buat perkara-perkara yang tak pernah dia buat.
Kalau orang-orang tua pula ada yang jadi perangai budak-budak balik. Ada juga yang mengarut dan merapu hingga buat perkara-perkara pelik yang tidak munasabah.
Tetapi ada juga yang tiada apa-apa perubahan, tiba-tiba sahaja pergi meninggalkan dunia yang fana ini. 
Sebelum saya pergi lebih jauh, marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada orang-orang islam yang telah pergi lebih awal daripada kita. 
Al-Fatihah.....
Semoga segala urusan kubur mereka dipermudahkan, segala dosa-dosa diampunkan dan ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Amin.....
Hari ini kita nak bercakap pasal mengarut dan merapu sebelum meninggal dunia.
Baru-baru ini kita semua tahu bagaimana seorang pemimpin Pas yang menghadapi masalah mental mempertikaikan tindakan Sultan Johor membeli nombor pendaftaran kenderaan WWW 1.
Terang-terangan dia sendiri yang tulis perkara berkenaan. Boleh lihat di sini....
Kemudian dia minta maaf diatas tindakan dia itu. Tapi dalam masa yang sama dia tidak mengaku dan salahkan Utusan Malaysia diatas kejadian tersebut.
Persoalannya mudah, 
Kalau kau tak bersalah apa ke jadahnya kau minta maaf ???
Semakin hari semakin banyak kita lihat bagaimana Pas mempamerkan kebodohan mereka dengan perkara yang merapu dan karut marut...
Itulah sebagai salah satu tanda saat kematian Pas sudah semakin dekat...

Sikit-sikit salahkan Umno, semuanya salahkan Utusan Malaysia dan segalanya salahkan TV3. Begitu juga dalam hal arahan supaya penangguhan mengerjakan haji tahun ini. Setelah Pas tersepit dengan kebodohan sendiri, tiba-tiba Utusan Malaysia juga disalahkan.
Hai bro....tekun membaca nampak....paper apa tu ?
Perhatian: Minggu depan ada satu lagi cerita panas berhubung seorang individu yang berkaitan dengan sebuah syarikat Pas yang dituduh menipu menggunakan nama Sultan Johor dan Sultan Kedah. Nantikan pendedahan panas tersebut....
 
sumber : RBF Online blog