Followers

Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Friday, 15 June 2012

PATUTKER YANG TAK BUAT SALAH MINTA MAAF? EH???????

WWW 1: Salah Utusan Malaysia Nizar Pula Yang Mohon Maaf - Tak Patut

Kita biasa dengar jika seseorang menghampiri ajalnya kebiasaan orang itu akan berubah sikap atau perangainya.
Kalau yang selama hidupnya kurang amal ibadat, tiba-tiba dia rajin beribadat.
Kalau selama hidupnya dia seorang yang garang atau pemarah, tiba-tiba dia menjadi seorang yang penyabar atau lemah lembut.
Tiba-tiba buat perkara-perkara yang tak pernah dia buat.
Kalau orang-orang tua pula ada yang jadi perangai budak-budak balik. Ada juga yang mengarut dan merapu hingga buat perkara-perkara pelik yang tidak munasabah.
Tetapi ada juga yang tiada apa-apa perubahan, tiba-tiba sahaja pergi meninggalkan dunia yang fana ini. 
Sebelum saya pergi lebih jauh, marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada orang-orang islam yang telah pergi lebih awal daripada kita. 
Al-Fatihah.....
Semoga segala urusan kubur mereka dipermudahkan, segala dosa-dosa diampunkan dan ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Amin.....
Hari ini kita nak bercakap pasal mengarut dan merapu sebelum meninggal dunia.
Baru-baru ini kita semua tahu bagaimana seorang pemimpin Pas yang menghadapi masalah mental mempertikaikan tindakan Sultan Johor membeli nombor pendaftaran kenderaan WWW 1.
Terang-terangan dia sendiri yang tulis perkara berkenaan. Boleh lihat di sini....
Kemudian dia minta maaf diatas tindakan dia itu. Tapi dalam masa yang sama dia tidak mengaku dan salahkan Utusan Malaysia diatas kejadian tersebut.
Persoalannya mudah, 
Kalau kau tak bersalah apa ke jadahnya kau minta maaf ???
Semakin hari semakin banyak kita lihat bagaimana Pas mempamerkan kebodohan mereka dengan perkara yang merapu dan karut marut...
Itulah sebagai salah satu tanda saat kematian Pas sudah semakin dekat...

Sikit-sikit salahkan Umno, semuanya salahkan Utusan Malaysia dan segalanya salahkan TV3. Begitu juga dalam hal arahan supaya penangguhan mengerjakan haji tahun ini. Setelah Pas tersepit dengan kebodohan sendiri, tiba-tiba Utusan Malaysia juga disalahkan.
Hai bro....tekun membaca nampak....paper apa tu ?
Perhatian: Minggu depan ada satu lagi cerita panas berhubung seorang individu yang berkaitan dengan sebuah syarikat Pas yang dituduh menipu menggunakan nama Sultan Johor dan Sultan Kedah. Nantikan pendedahan panas tersebut....
 
sumber : RBF Online blog

KONSPIRASI ANTARABANGSA NAK MEMALUKAN PM GAGAL



Apabila laporan menggemparkan pertama kali disiarkan dalam New York Post beberapa hari yang lepas, MiM mengambil pendirian untuk mengetahui lebih lanjut tentang kesahihan laporan tersebut.

Rakan blogger RBF telah menulis dengan panjang lebar tentang keraguan validiti laporan tersebut, lebih-lebih lagi portal tersebut berpaksikan gossip.

MiM juga amat ragu dengan laporan tersebut. Adalah mustahil untuk DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri tidak mengetahui latar belakang menantu beliau sendiri. Malah, MiM percaya, Anwar Ibrahim sendiri sangat tahu latar belakang suami Nurul Izzah.

Perkara fundamental mengenali calon menantu dan keluarganya sudah pasti keutamaan Najib Razak dan isteri, lebih-lebih lagi jawatan Najib Razak sebagai perdana menteri.

Malangnya, media pro-pembangkang mengambil kesempatan gosip ini dan terus memburuk-burukkan Najib Razak dan isteri tanpa usul periksa. Tindakan tersebut sangat mengecewakan.

Dan sekarang ternyata bahawa laporan awal New York Post itu tidak benar belaka! Media pro-pembangkang mengigit jari sekali lagi!

Apa yang kita tunggu sekarang ialah sama ada media pro-pembangkang akan menyiarkan perkara yang sebenarnya seperti laporan terbaru New York Post di bawah!

Di bawah adalah laporan penuh yang mengesahkan bahawa menantu Najib Razak dan ibunya telah difitnah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kita sudah tentu tertanya-tanya, apakah Anwar Ibrahim terlibat di dalam konspirasi memfitnah menantu Najib Razak itu?

Sila baca di bawah :

She’s no apartment-stealing international fugitive grifter - she’s just a real housewife of New York.

In a revealing interview from her $20 million apartment overlooking Central Park, Maira Nazarbayeva yesterday denied her multi-millionaire ex-husband’s sensational allegations about her - including that she conned him out of their 4,000 square foot apartment and is wanted for a host of crimes by Interpol - and maintained that she and her ex, Bolat Nazarbayev, are still married.

"There’s never been a day when I’ve had a fight with my husband,” Maira, 50, said of Bolat, who’s the brother of Kazakhstan president Nursultan Nazarbayev.

"I consider myself married and in a good relationship with my husband. And I’ve never seen a document related to divorce. I’ve never signed anything nor have I received anything.”

The exotic beauty also denied that Bolat was the one who’s suing her and her son from a previous marriage, Daniyar, for over $20 million in damages. She said when she spoke to Bolat on the phone a few weeks ago, “he was in shock to learn about this lawsuit.”

"He indicated that since he didn’t sign anything and his signature is not on any court documents, that he was surprised to hear that this took place,” she said, speaking through a translator.

Bolat’s lawyer, John Snyder, declined comment, referring a reporter to his lawsuit - which tells a much different story than Maira.

It says the pair were “purportedly” married on July 10, 2001 - sources said Bolat suspects she was using an alias and was married to somebody else when they got hitched - and they were divorced in September of 2009.

He was also granted an annulment in September of last year, the lawsuit says.It was a year before the split, in 2008, that Bolat tasked Maira and her son Daniyar with buying some Big Apple real estate. He says he gave them a power of attorney so they could buy an apartment in his name “without the need for Bolat personally to travel to the United States.”

Instead, the suit says, Daniyar bought the apartment in stepdad Bolat and his mom’s name - and his mom then turned around and sold it to Daniyar for a buck.

Maira insisted there was no funny business. She said she never used any aliases and was single when she and Bolat tied the knot, and the palatial apartment was always intended as a crash pad for their kids.

"It was purchased for the use of my children while they were studying in the United States. That was always the intent,” she said.

"Only in the last year and a half was it used by me and youngest son,” 10-year-old Khanbolat, she said.She also took aim at the suit’s claims that Daniyar, 24, was a high school dropout who’d scammed his way into Columbia. “The story is all made up,” she said.

She said her dashing son is enlisted in the British military, and is still engaged to Nooryana Najwa, the daughter of the Malaysian prime minister. “They are very saddened by the news that is coming out in the press about all these unsubstantiated claims,” she said.

As for the suit’s contentions that she’s wanted in Kazakhstan “for various crimes, including kidnapping, use of threats of physical harm to extract funds from a business associate, and using criminal threats to force another person to transfer real property to the name of a family associate,” they’re nonsense."

"I had lived and worked as a housewife during my relationship in Kazakhstan with my husband,” she said. “There is no factual basis for this information.”

While The Post has seen what appeared to be an official Interpol “wanted” notice for Maira, her spokesman, Ronn Torossian, noted that she’d travelled abroad in recent weeks without incident, and planned to again in coming days.

"She’s never been accused of any crime until this,” he said.Maira’s lawyer, Lubov Stark, said her client would challenge the allegations in court.

"My client is a very private person and would lke to keep all of her legal matters private,” she said. - gregorian@nypost.com 
 
sumber: Dr MIM Blog

ANWAR WAJIB BERHENTI LUAHKAN FITNAH


Anwar Ibrahim perlu berhenti menyebarkan fitnah mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu dan isu kapal selam Scorpene kerana ia langsung tiada asas.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Ketua Pembangkang itu tidak mempunyai sebarang bukti kukuh untuk membabitkan Najib dalam dua isu tersebut.

Menurut beliau, kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian kapal selam Scorpene pada 2002 manakala penganalisis politik, Abdul Razak Baginda mula mengenali Altantuya pada 2004.

''Kita dapat melihat tiada kaitan di antara Altantuya dan isu Scorpene kerana mendiang dan Abdul Razak berjumpa selepas perjanjian pembelian kapal selam itu dimeterai.

''Anwar dan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang cuba memutar-belitkan isu pembelian kapal selam Scorpene dan kes pembunuhan Altantuya namun semua tuduhan mereka terhadap Najib sebenarnya tidak berasas," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin baru-baru ini tentang tindakan Anwar mengarahkannya untuk mereka bukti berhubung pembabitan Najib dalam isu kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya.

Bagaimanapun, Zulkifli yang juga bekas peguam bela Anwar enggan mematuhi arahan Anwar kerana tiada bukti yang mengaitkan Najib dalam dua isu itu.

Zahrain menambah, pembangkang mula memfitnah Najib berhubung isu kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pada 2007.

''Sepatutnya isu-isu berkenaan tidak lagi dibangkitkan kerana Perdana Menteri telah melafazkan sumpah bagi menunjukkan beliau tidak bersalah.

''Memandangkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 kian terasa, pembangkang kini mengulangi permainan politik kotor itu dengan mereka cerita semata-mata untuk membohongi rakyat," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Zahrain turut membidas Suaram kerana cuba mengaitkan Najib dengan isu kapal selam Scorpene walaupun tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh.

''Bila kita tanya tentang bukti, Suaram kata tiada. Tuduhan terhadap Najib dibuat berdasarkan kepada andaian sahaja," katanya.

Dakwa Zahrain, beliau tahu siapa sebenarnya yang mendalangi Suaram dan Anwar diminta tidak menggunakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu untuk menyebarkan fitnah.

sumber: sungai rapat blog

SCORPENE PENIPUAN BESAR ANWAR : ZUL NOORDIN

ISU KAPAL SELAM SCORPENE ADALAH PENIPUAN DARI ANWAR IBRAHIM - ZUL NOORDIN !!!


Datuk Zulkifli Noordin telah menangkis tuduhan tidak berasas yang ditimbulkan terhadap isu kapal Selam Scorpene dan kes yang berlaku di mahkamah Perancis yang dibuat oleh pihak Pakatan Haram.Bekas peguam bagi Ketua Pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim itu berkata bahawa beliau tahu akan strategi pembangkang di mana tujuan mereka untuk meraih kembali isu ini adalah untuk mengaitkan Datuk Seri najib Tun Razak."Sudah saya ulang beberapa kali,kes ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan PM.Jika ada,sudah tentu saya telah mempersoalkan tentang perkara ini dahulu. Saya tidak membuat sebarang persoalan kerana ia tidak mempunyai sebarang kaitan langsung" kata Zulkifli.

Zulkifli,yang ditemuramah Di Lobi Parlimen Kelmarin berkata bahawa isu kapal selam Scorpene di Perancis bukanlah satu isu yang besar di sana kerana pihak berkuasa masih lagi sedang menjalankan siasatan,bukannya sedang dibicarakan di mahkamah.

"Di Perancis,pihak mahkamah mempunyai kuasa dalam menjalankan siasatan, perkara ini masih lagi dalam siasatan, bukannya sedang dibicarakan.Ia hanyalah siasatan biasa.Jadi, mereka mungkin atau tidak mungkin akan menjalankan sebarang perbicaraan terhadap perkara ini.Semuanya bergantung kepada mereka." kata beliau.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menerima dua buah kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak pada tahun 2009.Selain itu,Zulkifli,Ahli Parlimen bebas bagi Kulim Bandar Baru,mencadangkan agar Majlis Peguam,seperti di Sabah dan Sarawak,perlu ditubuhkan di setiap negeri bagi menggantikan Majlis Peguam sekarang.Ini, menurut beliau,mampu memberikan autonomi yang lebih besar bagi setiap negeri.

"Majlis Peguam di Sabah dan Sarawak telah membuktikan bahawa mereka adalah efektif dan mampu mengawal ahli-ahli mereka dengan baik.Tiada aduan yang dibuat terhadap Majlis Peguam di kedua-dua negeri tersebut.Bukan seperti apa yang sedang berlaku di Semenanjung sekarang.Beliau menyatakan bahawa beliau risau akan rancangan untuk membenarkan peguam-peguam asing untuk bercampur dalam industri undang-undang negara dan Majlis Peguam kini mungkin tidak mampu untuk menguruskan perkara tersebut.Majlis Peguam yang kita ada sekarang mempunyai terlalu banyak perkara yang mereka perlu uruskan,saya tidak rasakan bahawa mereka mampu untuk menampung perkara ini," kata beliau.
 
sumber: badut rakyat blog