Followers

Sunday 5 June 2011

BERSIKAP MATANGLAH

Akhir-akhir ini, SriPuteri sering menyedari berlaku sikap keanak-anakan di kalangan sahabat-sahabat dalam melakukan sebarang tindakan walaupun usia mereka sepatutnya mereka bijak menunjukkan kematangan.  SriPuteri tahu, sepatutnya SriPuteri tak mengatakan hal ini, ianya mungkin akan menimbulkan kemarahan yang amat sangat terutama mereka yang terasa bicara ini terkena pada batang hidung mereka. Jejak Sri Puteri tidak gentar menghadapi apa yang dibicarakan kerana ianya adalah kebenaran. Walaupun usia SriPuteri dianggap terlalu setahun jagung tetapi jangan meletakkan sriputeri individu yang tidak mampu menyatakan kenyataan dan tidak boleh memberi pandangan.

Sriputeri ingin mengur sikap keanakan ini, ia sangat tidak elok ditunjukkan. Ia perlu dihentikan kerana ianya adalah dalam satu keluarga. pada mereka yang menjadi batu api, tolong hentikan melaga-lagakan mereka ini, kerana mereka yang sentiasa mencari kelemahan akan ketawa besar melihat suasana bayi ini sebagai bahan menjatuhkan.

No comments:

Post a Comment